26 December 2010

thank u!

hari ini adalah hari terakhir aku kerja di company *******..
last day..pekerja kontrak sama dengan aku diberi ucapan oleh supervisor..
ucapan oleh pekerja senior..
ade yg menangis.aku x nangis sebab aku tengok dah ada orang nangis.
jiwa mesti kental!cekal dan serius.
walapun hanya satu bulan tapi cukup bes.
kelebihan yang saya dapat ialah
1-kaki makin berotot kerana berdiri lama.
2-bahu dan tangan makin berotot juga sebab angkut barang.
3-perut makin mantap sebab silap kantin kerana makanan murah sangat.
4-saya dapat menajamkan communication skill saya ..
5-dapat tengok warga vietnam dan warga myanmar berinteraksi antara satu sama lain menggunakan bahasa melayu iaitu bahasa baku kerana mereka juga xpaham bahasa antara satu sama lain.
6-dapat belajar bagaimana cara buat buat sibuk secara spontan.
7-dan byk lagi lah aku xreti nak ungkai kan dengan kata kata!(ayat ala sastera nih!)

terima kasih kepada semua pekerja kerana memberi aku sokongan dan peluang...
aku terharu..
terima kasih kepada warga malaysia..
terima kasih kepada warga jepun..
terima kasih kepada warga indonesia...
terima kasih kepada warga thailand..
terima kasih kepada warga myanmar..
terima kasih kepada warga vietnam..
terima kasih kepada warga nepal..

atas segala tunjuk ajar.gurau mesra.kutukan.teguran.makian.sindiran.pengalaman.gelak tawa sepanjang saya disana...

tapi satu jer silap kantin anda kerana makanan murah dan sedap..saya xdapat menahan diri!

sempena itu saya kepilkan lagu kanda adinda sebab naluri saya mengatakan sila letak lagu ni lam blog saya...sekian terima kasih!

13 December 2010

kenikmatan berganda!


sampai berkerut mulut beliau sedang membuat magik 'dimanakah kuku jari kecil saya?'

kini persoalan ku terjawab tentang adakah beruk mempunyai tahi hidung?

usher tengah perati cermin belakang takut kantoi ngan orang belakang

ni gaya korek hidung yang agak style..kerana kedua dua belah tangan membuat kerja.sangatlah eksotik!!!

ini korek dalam punya sampai lentok mata tak cukup tangan

queen lak ni memang sudah terang terangan dapat masuk lubuk dalam baik punya korek!

konon kover lah tengah cakap ngan henfon..sampai belok lubang hidung dia punya syiok abes

mak aih yang ni dah separuh jari tenggelam lam lubuk dalam nih..sangat eksotik!

britney spears masih dikenali walapun sedang memakai bedak sejuk cap jamu dara


suatu petang..
aku longlai kerana kepenatan..
aku rebah di bangku sambil megeluh menahan kepenatan..
aku diam tanpa kata kata kerana aku memerhatikan sekeliling..
dalam kesibukan itu..
aku sempat memerhati sorang warga myanmar
beliau sedang terlalu asyik
penuh berahi..
mengorek lubang hidung beliau tanpa menyadari aku yang sedang memerhati beliau dalam jarak 8 meter..
aku leka dengan gelagat beliau sehinggalah kami bertentang mata.
trus beliau mengunnakan taktik buat buat garu hidung pula.
hahhahahhaahaah..
beliau tidak sedarkah aku sudah dari awal menyaksikan aksi eksotik beliau?

p/s:banyak persoalan aku terjawap pada malam ini!

02 December 2010


ni lah asam masin yang pemes tuh.bagi aku lah,sebab aku suka tengok muka apek ensem kat dia punya packaging.sia pakai tie lagi.semangat sungguh!

jadual bagi mereka yang bekerja...kini aku mulai memahami


aku tengok kalendar.
bukan mudah yer bekerja kan.kerja yng memerlukan kekuatan tenaga batin dan fizikal.minda perlu cerdas dan mantap

aku nak cakap lah dah genap seminggu aku bertugas sebagai part timer part contoller di sebuah company.

di mana kerja aku adalah menghantar barang menggunakan troli..
melihat atau check keperluan barang..
dan yang paling eksotik adalah buat buat sibuk bila bos lalu..bab ni aku sedang belajar ngan senior2..
company ini namanya dirahsiakan bagi mengurangkan publisiti dan mengelakkan kontroversi.

aku ingin ceritakan pengalaman aku selama seminggu.

-----tumit aku dah nak terpenyek dan bengkak kuar sume urat merih.

ari ni aku kantoi makan mase ngah kerja ngan supervisor.aku xsedar makan asam sampai bibir aku jadi putih.supervisor datang aku pun borak mesra ngan die konon kasi kover lah yg aku baru lepas makan.lepas aku borak ngan super visor ade lah sorang kakak ni cakap.

kakaktu :ko buat ape woi
aku:aku buat keje lah
kakaktu:ko makan ape sampai bibir ko jadi putih?
aku:akak tau mana saya makan?.saya x makan lah.
kakaktu:abistu nape bibir ko jadi putih?tadi aku tgk elok jer..

aku tengok supervisor aku pandang dari jauh...citporah!

memang kantoi lak aku ngan supervisor aku.tapi hebat taktik supervisor aku kan kasi kantoi aku..aku tersenyum sinis..

semalam..

bak mengantuk memang aku xleh lari.
situasi atau kejadian ini berlaku di depan leader aku.
aku terlelap semasa sedang sign paper dia atas borang kira stok.
masih aku ingat dengan jelas mimpi aku.
aku puji jiran sebelah aku pandai main piano.
aku pun xtau jiran aku belah mana yg main piano.
ni sume salah bilik sebelah yg jadi tempat testing bunyi..
nasib baik leader aku terlalu asyik borak sampai xperasan kepala aku kepala ayam
masa tu aku tengah sign borang...
aku sedar sedar aku dah tertulis kat bahagian sign.
'sedap lagu kau'.
cepat2 aku pangkah kasi sign aku panjang siap fullname beserta tarikh.
perghhh..nasib baik leader tuh kuat bersembang..


ada seorang pencinta kebersihan bernama encik ganesh.
encik ganesh seorang yang rajin kutip sampah.
beliau sangat prihatin tentang sampah yang bakal kami buang.
aku rasa encik ganesh ni mesti pencinta keamanan.
oleh sebab itulah dia dilantik mejadi ketua kebersihan.
tapi sayang beliau suka berbahasa yang eksotik.menggunakan gaya bahasa yang ekstrem.
gaya renungan beliau sangat tajam.beliau selalu pandang mereka yang buang sampah sebagai tanda warning siap kau kalau sampah bersepah.
mungkin beliau menggunakan bahasa yg tinggi sehingg aku xpaham lansung ape yang dia cakap.
yang aku paham dia tunjuk2 kesana kesini seperti ingin beritahu arah.
jangan main2 ngan encik ganesh tau..
dia ada sakit jantung tau.
ari ni dia keje sekerat hari sebab dia gaduh ngan mamat sorang ni sebab mamat ini bukanlah seorang yang pencinta kebersihan seperti beliau.
pa yang dia cakap masa gaduh tadi lagi aku xpaham..yang aku paham dia ngah protes tuh.
ekstrem sungguh cara dia protes hingga ketua supervisor kasi cuti kat dia serta merta.
aku tertanya tnya taktik dan ayat ape erk dia guna.boleh cilok!

okeh aku sakit kaki nih.xder idea nak nulis byk2....
assalamualaikum.

p/s.baru aku ingat.aku xberak lagi lah ari ni.!aiyo..tensen aku.siang tadi aku dah plan nak tulis kat blog cane..skang aku dah lupe.arghhh..nanti aku ingat aku tulis lah.