27 June 2010

Lunch at Casa Limbong

aku x puas ati tol smalam tengah sesedap rase aku melantak makan nasik kat kedai makan.tetibe ade orang gila lak selambe gile jer duk sbelah aku isap rokok.
pergh.
kawan aku dah cabut pegi basuh tangan.memang sah la x abes makan .
tinggal aku je yang tengah gaul nasik ngan kuah.
dahla aku ngah syok makan ikan bilis sambal ngan hati ngan hempedal .
kuah lak kuah masak asam.
pergh..........
mase ngah bes duk uli sambil gaul nasik orang gile tu ape jadah yang die pikir tetibe je duk sbelah aku.
nak tercekik aku makan nasik.
sampai berair mata aku.
urat tengkuk dah keras x pandang kiri kanan.
aku tengok dak yang duk meja depan dah sakit perut tahan gelak.
mak aih.
orang gile tuh macam nak psiko aku je.
kali ke2 aku hampir tercekik nasik aku dah give up.
beliau berjaya psiko otak aku.
aku trus pegi basuh tangan.
membe aku dah tunggu jauh dah kat depan.
pergh ...
baru teringat air x minum lagi.dahla air nescafe ais.kalu ais kosong leh ar tinggal.
aku trus pegi balik meja aku x pandang sape dah.
minum air 4 teguk trus pegi bayar.
xmampu aku menatap pandangan matanya.


ari ni aku makan nasik kat umah.
hahahahhaha.
takde orang gile nak kacau aku makan nasik.

20 June 2010

genap sepurnama aku bertapa di pinggiran suburban.
bersebelahan dengan kedai toko jamu.
aku yakin dengan fakta aku sendiri kali ini.
bahawasanya selama ini aku telah salah tafsir dengan kedai jamu itu.
selama ini aku sangka hanya wanita yang membeli belah di kedai jamu itu.
rupa rupanya
aku kira kira.seramai 70% daripada pelanggan kedai jamu ialah lelaki.
huh.
aku terkesima.
aku membuat pertanyaan pada pekerja kedai toko jamu.
testimoni yang diperoleh ialah amat menyokong pendapat aku.
itu saja yang ingin aku ulas pada malam ni.
aku ingin meneruskan pertapaan ini.



salam perjuangan dari hamba,
ada masa kita ketemu di kedai kopi.
sambil kita berumba.
bercerita di kedai kopi.

15 June 2010



aku dah muak ngan nasik minyak.
aku rase sume orang dah muak kan.
nanti kalu aku kawin aku xnak buat nasik minyak.
aku nak buat nasik kukus.
kelas gitu.hahaha
tapi ape aku boleh buat.
nasi minyak bagaikan sebati ngan orang kawin.
ade gak panggil nasi orang kawin.
itu menandakan kukuhnya dan eratnya nasi minyak dengan perkahwinan.
musim cuti sekolah ni mmg banyak orang kawin.
ada pro dan kon kan.
eh malam ni aku rase aku ni dah jadi macam deejay lak.
berbalik pada nasik minyak.
tengok je dah berjaya buat aku masuk terus dalam rumah pengantin.
tgk lam goodie bag ade ape.
kalu ada kuih trus sambar.
aku tgk makcik makcik n pakcik pakcik yang datang pun camtu.
amik syarat je makan nasik minyak.
tu pun sejemput.
kalu ada nasik putih n lauk lain baru la banyak sket kuantiti yang diambil.

air sirap pun sinonim ngan hari perkahwinan.
merah menyala lambang dua hati yang merah menyala.
warna darah pengantin baru.
tanda sehangat cinta yang bersemi.
kemerahan inai di jari pengantin.
air sirap yang sejuk menjadi penyelamat kepada para hadirin yang hadir.
walaupun selalu je yang aku minum sangat la tawar .
ataupun terlebih gula.
namun aku x kesah kerana cuaca di malaysia membuat aku bersyukur dengan rasa air yang ada.
ALHAMDULILLAH.


ape ape pun aku nak mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya melansungkan perkahwinan dengan jayanya.
sesungguhnya membuat persiapan perkahwinan amatla memerlukan mereka mentally n phisically fit.
aku amat tabik pada mereka yang menjadi tulang belakang kepada sebuah majlis perkahwinan..
hari khamis

adakah hari yang malang buat aku?
entahla.
aku tengok zodiak aku cam ok jer.

hari kamis juga pelbagai aksi ngeri aku buat.
sampai aku sendiri bingung memikirkan.
senang cite nak berak x jadi.

huh.
memikirnya lagi buat usus aku berangin.
tanda kentut lebat kot nanti.

cis,.

pagi.
aku ter'rosak'kan customer nyer barang.
muke aku pucat dan berpeluh peluh.
nasib baik boss x marah aku.
sbb dia kawan bapak aku.
kebetulan bapak aku ada.
so dia kontrol.
hahahhaa.
aku dapat rasakan yang dia sedang maki aku dalam hati.hahahhhah
kalu dia xmaki aku dalam ati bukan manusia la kan.

so i have to pay for what i did.
celaka.
aku termenung kat surau 2 jam.
sampai boss ingat aku balik umah.
hahhahahhahahah.


petang
aku buat patah tool kesayangan boss aku.
mampos.nasib baik x cirit
nasib baik dia kluar n aku sempat beli baru tool dia.
nasib baik sampai sekarang dia x perasan hahahha.

balik umah terpijak tahi ayam yang sedang watery dah basah basah sejuk gitu.
hahahahahah..aku suka dalam derita.
hanya mampu tersenyum manja.

selepas itu aku online.
syok online seekor kucing yang bergaya habes lalu depan aku.
aku buat derk.
dia x kacau aku pun.
tapi malang tidak berbau.
selambe je dia catwalk kasi air kencing sama laptop aku.
siap terpercik kat handphone.
mak datuk.
hebat sungguh kucing natang tu.
aku x mampu buat ape2 lagi.
sesungguhnya aku hanya mampu melihat lagi.
tipu ah,
kasi bantai tros.
rase macam nak gunting bulu dia
macam aku penah buat dulu kat kucing itam tu.
aku bersabar.....
lap ape yang patut.
sambung online..



malam
aku terjatuh depan rak roti.
di depan seorang manusia yang bertuah.
aku jatuh siap terpaleot dan terlompat gaya lompat kijang yang riang.
betapa bangganya aku.
aku senyum pada semua orang yang ada termasuk cashier.
bahkan aku siap minatk maaf pada manusia yang melihat aksi ngeri aku.
terasa sangat bahagia


sesungguhnya hari kamis berjaya buat aku tersenyum sendirian..