19 November 2010

boo sun





ari ni satu hari aku duk mengadap pc sambil online.
betul2 hardcore aku ari nih.
boleh bikin mati kutu kalau tiap2 ari camni.
boleh bikin aku mati kebosanan gak.
inilah aktiviti apabila cuti sem dan tidak membuat sebarang kerja part time.
hanya melanguk sendirian.
apabila kene leter.
taktik buat buat keliru dipraktikkan dengan jayanya!

aiyo...
macam2 aku menda aku surf ari ni..
video kelakar buat kasi mood ceria lah.
facebook(kasi huru hara status orang.kuang3)
youtube(konon tgk cita forrest gump)
bloggers lain nyer blog lah.yang bes jer aku baca.hahahaha.
okeh sekarang ini secara tidak sengaja aku telah berminat nak mengulas tentang jenis blog yang aku xberkenan lah.

jenis blog yang aku xberkenan adalah seperti yang akan aku huraikan dibawah.
blog yang menjadikan blog beliau sebagai diari yang melampau.
aku tegaskan disini diary yang melampau dan sgt lah over.

sebagai contoh.

aku cintakan kau sampai mati.(sambil taruk gambar ngan kiss pipi.pui!)
pastu next entry.aku sayang kau.kaulah segalanya buat aku baby.(sambil taruk gambar kekasih ati yang paling manja)
seterusnya.i sedih la u buat i camni.(taruk gambar hati retak)
next.u naper makin jauh ngan i.(taruk gambar amik sendiri masa tgh nangis)
after that.sayang kamu lebih aku menyayangi dirimu.(sambil taruk lirik lagu kau kekasih awal dan akhir)
then.cintaku hanya buat mu duhai kekasih hatiku.(taruk gambar semasa berdua yg paling manja lah.aiyo!)

percayalah cakap aku.ada blog yg camni!
memanglah ada kebebasan dalam menulis blog.
tapi aku hanya luahkan pendapat aku.
ape yg aku x berkenan.
x salah kan..

seterusnya dalam blog dia sibuk duk mengata kawan sendiri.
ape kes ni bhai.
menyampah betul.
yang paling x tahan kutuk kawan sekelas.
n paling bes kutuk roomate sendiri
kritik pasal kawan pakai baju ape.
warna kulit hitam legam la.
pasal mulut busuk lah.
orang camni mmg pathetic asshole lah aku cakap.
tiap2 post mengata n mencaci kawan sendiri..
kamon lah.kamu dah besar.
kesian..



p/s:stakat ni aku baru kasitau 2 jenis blog yg aku kurang berkenan.belum dapat visi lagi utk menambah karangan aku pada mlm ini.okeh.adios.
n selamat menyambut hari raya kurban

kepada yang lemah jantung jangan baca entry ini


erm gambar diatas agak eksotik ya..pedulikan apa msg yang cuba gambar ini sampaikan.


sedang aku rilek rilek sorang.
aku terpikir.
macamana kentut semasa sedang berak erk?
mesti ekstrem tahap gaban.
bayangkan semasa proses nak menyalurkan atau mengeluarkan sisa kumbahan itu.
tiba tiba angin dari dalam membuak menolak keluar sisa itu!

yeah aku tahu jawapan dia.
aku rasa lah mungkin kelajuan anda semasa sedang berak akan lebih laju atau dalam kata lain anda berak dalam masa yang pantas dan singkat.

p/s:camana agaknya ekspresi muka disaat genting itu ya...agak menarik topik pada pagi ini kan.hahahhaaha

18 November 2010

mlm ni aku bercerita tentang realiti hidup


erm aku baru jer lepas baca blog someone.
terkilan sebab orang yang dikutuknya adalah kawan aku.
mmg la hak korang nak mengata sesapa pun dalam blog.
tapi ,
perlu ker nak detailkan satu satu ape yang korang x berkenan tentang tentang seseorang.
ketahui lah bahawasanya kita x sempurna.
semua orang xsempurna.
semua orang ada kelemahan dan kekurangan sendiri.
kalau memang dah perangai dia camtu,
xleh ubah dah,
kalau tegur pun x jadi jugak.
please,
belajar untuk menerima dia seadanya.
biarlah kerana begitulah adat berkawan.
berkawan memang senang.
tapi cara kita mengekalkan hubungan sesama kita sebagai kawan tu yang susah.
walau menyampah bagaimana pun
xperlu lah menjaja cerita kesana kemari
bercerita tentang keburukan atau kekurangan si dia
sedarlah sahabat bahawa kita adalah sama.
sama ada kau sedar atau tidak.
kau telah mempengaruhi orang sekeliling kau.
luaran kau nampak sangat baik dan sejuk mata memandang.
tapi bila aku dengar kau mengata dan mengeji dia,
pandangan aku terhadap kau terus berubah.
perlukah kau menyindir dia bila dia ingin membuat perkara baik?
perlukan kau menyambung sisa dendammu selepas si dia meminta maaf?
ini bukan caranya berkawan wahai kawanku.

aku boleh jadi hipokrit,
aku boleh jadi seorang penipu.
aku adalah manusia.
dia boleh jadi warak.
dia boleh jadi seorang optimis.
dia pun manusia sama seperti aku.
kau boleh jadi seorang yang prejudis.
kau boleh jadi seorang yang peramah.
kau juga manusia sama seperti dia.
inilah manusia.
manusia yang xpernah kenal erti puas.

aku mengaku.
aku juga banyak membuat kesilapan dalam keadaan sedar atau separa sedar.
tapi jangan la hukum aku dengan mengeji aku atas kesalahan yang aku xpernah libatkan kau.
jangan hakimi kesilapan aku atas kesalahan yang telah lepas.
sebaiknya nasihatilah aku.
jika aku berbuat apa2 kesilapan.
kerana kita manusia sentiasa membuat kesilapan.
manusia yang amat kerdil.
yang jahil tentang ilmu.


p/s:sebagai peringatan kepada diri sendiri.
aku x berani nak ulas lebih sbb aku juga byk kekurangan..

15 November 2010

sekian lama


sekian lama aku aku tidak menjejak kaki ke rumah sanak saudara di Johor.
aku dapat tau satu benda hari ini.
semasa aku ngah rilek rilek baca buku tentang lembu ternakan,aku terdengar kanak kanak di kawasan perumahan ini menyayi lagu iklan kopi janda sambil membaiki basikal mereka.


sangat eksotik!

jesteru itu aku segera buat spekulasi.
dalam banyak2 lagu.lagu tu jugak yang dorang nyanyi.naper yer?

x caya sila tanya kakak aku.


p/s:aku sekarang ni sedang mengkaji perlaku manusia di tempat yang berlainan mengikut musim

14 November 2010

taktik sulit





agak agak kalau buat kat malaysia ni taktik ni jadi x?

bukan nak cakap tapi pernah berlaku












secara jujur aksi begini pernah berlaku kepada aku semasa subjek sejarah,kimia, fizik,dan addmath .
hahahhahahahahahahhaahhh

BAS EKSPRESS


ari ni aku naik bas ekspress pada malam.


bas ekspress.
harga rm18.
seat no 1st.
waktu berlepas 9pm.
full view mengadap ke depan.
waktu berlepas memang sharp.
seorang pemandu driver dengan jelingan mata membunuh.
seorang kelindan bas dengan gaya macho ala yakuza.

aku lihat.
pemandu bas amatlah tidak mesra rakyat tidak seperti pemandu bas lain.
perhatikan di sini pemandu bas ini tidak mengamalkan semangat satu malaysia.
aku agak dia mempunyai masalah sembelit yang tidak lepas agaknya.

aku membuat kajian.
pemandu ini mempunyai masalah pendengaran.
maafkan aku tapi ini memang betul.
serius aku cakap.bukan nak cakap tapi benda betul.
berdasarkan soalan yang aku tanya sebanyak 3 kali.
aku terpaksa menjerit ala suara amy search masa nyanyi lagu fantasia bulan madu.
baru dia mendengar pertanyaan aku.
kali ke4 barulah dia menjawab soalan aku iaitu

'bang kite berenti kat kemaman x?'
itulah soalan aku yang senang bagai bulu goreng.

dia menjawab
'cakap kuat sikit,x dengar la mu cakap ape'

patutla aku tanya 3 kali dia buat muka hardcore muka ketat bagai anti komunis.
kelindan bas juga sama seperti nya.

aku pikir mesti pemandu ini yang mempunyai wajah persis anti komunis akan membawa bas dengan gaya kamikaze.
tapi sangkaan aku meleset sama sekali!
oh sungguh aku tidak sangka.
permulaan perjalanan dia membawa kelajuan maksimum iaitu 30 km sejam di jalan highway selama 10 minit.
.............
okay selepas itu aku rasa dia dengar kot hasrat dalam hati aku.
dia menaikkan kelajuan kepada 60 km sejam di highway.
terima kasih!

setengah jam kemudian.
aku lihat satu persatu kereta melepasi BAS EKSPRESS yang kami naiki.
satu satu kereta buat pelbagai aksi untuk memintas BAS EKSPRESS ini.
aku melihat sambil senyum.
aksi pancung berani mati pun ada.
peeehhhhh.
yang aku tabik ialah aksi seorang pakcik tua.
beliau dengan style membawa motor ex5 lampu belakang petak.
lagi dengan muka hardcore memintas BAS EKSPRESS kami dengan perasaan yang santai sekali.

dalam kegelapan malam.
suasana di dalam bas aku dapat lihat ekspresi muka seorang demi seorang penumpang bas melalui sinaran cahaya tiang lampu jalan yang bergerak pantas.
ada yang buat muka eksotik.
bahkan gaya tidor yang eksoti pun ada.
dalam ramai aku dapat dengar seorang penumpang mengeluh
'bile nak sampai nih?'
adakah beliau tau bahawa beliau perlu buat gaya seperti aku buat tadi.
iaitu suara persis amy search menyanyi fantasia bulan madu.
kerana pemandu bas ini kurang pendengaran.

aku secara tidak sengaja membuat spekulasi dalam hati dalam hati.
ala ala monolog dalaman
kenapa dia xbeli alat bantu pendengaran?
dah lamakah dia kerja sebagai pemandu?
sejak bila dia jadi kurang pendengaran?
atau adakah dia buat buat kurang dengar macam aku selalu buat?
aku segera mematikan spekulasi aku selepas aku rasa nak kentut.
kalau kentut bukannye dia dengar pun.
xjadi kentut sebab angin masuk balik lam perut.
kuang3.


p/s.
sebenarnye aku xpuas ati sebab kelajuan maksimum bas yang aku naik ialah 65 km sejam di highway.inilah yang dikatakan BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT.nasib baik aku sampai jugak.walaupun aku ade gak rasa nak buat buat sawan supaya pemandu bas melajukan bas tetapi plan itu tidak menjadi kerana dia telah membuat jelingan ala padayappa kepada aku semasa aku sedang menzoom meter kelajuan bas.