26 December 2010

thank u!

hari ini adalah hari terakhir aku kerja di company *******..
last day..pekerja kontrak sama dengan aku diberi ucapan oleh supervisor..
ucapan oleh pekerja senior..
ade yg menangis.aku x nangis sebab aku tengok dah ada orang nangis.
jiwa mesti kental!cekal dan serius.
walapun hanya satu bulan tapi cukup bes.
kelebihan yang saya dapat ialah
1-kaki makin berotot kerana berdiri lama.
2-bahu dan tangan makin berotot juga sebab angkut barang.
3-perut makin mantap sebab silap kantin kerana makanan murah sangat.
4-saya dapat menajamkan communication skill saya ..
5-dapat tengok warga vietnam dan warga myanmar berinteraksi antara satu sama lain menggunakan bahasa melayu iaitu bahasa baku kerana mereka juga xpaham bahasa antara satu sama lain.
6-dapat belajar bagaimana cara buat buat sibuk secara spontan.
7-dan byk lagi lah aku xreti nak ungkai kan dengan kata kata!(ayat ala sastera nih!)

terima kasih kepada semua pekerja kerana memberi aku sokongan dan peluang...
aku terharu..
terima kasih kepada warga malaysia..
terima kasih kepada warga jepun..
terima kasih kepada warga indonesia...
terima kasih kepada warga thailand..
terima kasih kepada warga myanmar..
terima kasih kepada warga vietnam..
terima kasih kepada warga nepal..

atas segala tunjuk ajar.gurau mesra.kutukan.teguran.makian.sindiran.pengalaman.gelak tawa sepanjang saya disana...

tapi satu jer silap kantin anda kerana makanan murah dan sedap..saya xdapat menahan diri!

sempena itu saya kepilkan lagu kanda adinda sebab naluri saya mengatakan sila letak lagu ni lam blog saya...sekian terima kasih!

13 December 2010

kenikmatan berganda!


sampai berkerut mulut beliau sedang membuat magik 'dimanakah kuku jari kecil saya?'

kini persoalan ku terjawab tentang adakah beruk mempunyai tahi hidung?

usher tengah perati cermin belakang takut kantoi ngan orang belakang

ni gaya korek hidung yang agak style..kerana kedua dua belah tangan membuat kerja.sangatlah eksotik!!!

ini korek dalam punya sampai lentok mata tak cukup tangan

queen lak ni memang sudah terang terangan dapat masuk lubuk dalam baik punya korek!

konon kover lah tengah cakap ngan henfon..sampai belok lubang hidung dia punya syiok abes

mak aih yang ni dah separuh jari tenggelam lam lubuk dalam nih..sangat eksotik!

britney spears masih dikenali walapun sedang memakai bedak sejuk cap jamu dara


suatu petang..
aku longlai kerana kepenatan..
aku rebah di bangku sambil megeluh menahan kepenatan..
aku diam tanpa kata kata kerana aku memerhatikan sekeliling..
dalam kesibukan itu..
aku sempat memerhati sorang warga myanmar
beliau sedang terlalu asyik
penuh berahi..
mengorek lubang hidung beliau tanpa menyadari aku yang sedang memerhati beliau dalam jarak 8 meter..
aku leka dengan gelagat beliau sehinggalah kami bertentang mata.
trus beliau mengunnakan taktik buat buat garu hidung pula.
hahhahahhaahaah..
beliau tidak sedarkah aku sudah dari awal menyaksikan aksi eksotik beliau?

p/s:banyak persoalan aku terjawap pada malam ini!

02 December 2010


ni lah asam masin yang pemes tuh.bagi aku lah,sebab aku suka tengok muka apek ensem kat dia punya packaging.sia pakai tie lagi.semangat sungguh!

jadual bagi mereka yang bekerja...kini aku mulai memahami


aku tengok kalendar.
bukan mudah yer bekerja kan.kerja yng memerlukan kekuatan tenaga batin dan fizikal.minda perlu cerdas dan mantap

aku nak cakap lah dah genap seminggu aku bertugas sebagai part timer part contoller di sebuah company.

di mana kerja aku adalah menghantar barang menggunakan troli..
melihat atau check keperluan barang..
dan yang paling eksotik adalah buat buat sibuk bila bos lalu..bab ni aku sedang belajar ngan senior2..
company ini namanya dirahsiakan bagi mengurangkan publisiti dan mengelakkan kontroversi.

aku ingin ceritakan pengalaman aku selama seminggu.

-----tumit aku dah nak terpenyek dan bengkak kuar sume urat merih.

ari ni aku kantoi makan mase ngah kerja ngan supervisor.aku xsedar makan asam sampai bibir aku jadi putih.supervisor datang aku pun borak mesra ngan die konon kasi kover lah yg aku baru lepas makan.lepas aku borak ngan super visor ade lah sorang kakak ni cakap.

kakaktu :ko buat ape woi
aku:aku buat keje lah
kakaktu:ko makan ape sampai bibir ko jadi putih?
aku:akak tau mana saya makan?.saya x makan lah.
kakaktu:abistu nape bibir ko jadi putih?tadi aku tgk elok jer..

aku tengok supervisor aku pandang dari jauh...citporah!

memang kantoi lak aku ngan supervisor aku.tapi hebat taktik supervisor aku kan kasi kantoi aku..aku tersenyum sinis..

semalam..

bak mengantuk memang aku xleh lari.
situasi atau kejadian ini berlaku di depan leader aku.
aku terlelap semasa sedang sign paper dia atas borang kira stok.
masih aku ingat dengan jelas mimpi aku.
aku puji jiran sebelah aku pandai main piano.
aku pun xtau jiran aku belah mana yg main piano.
ni sume salah bilik sebelah yg jadi tempat testing bunyi..
nasib baik leader aku terlalu asyik borak sampai xperasan kepala aku kepala ayam
masa tu aku tengah sign borang...
aku sedar sedar aku dah tertulis kat bahagian sign.
'sedap lagu kau'.
cepat2 aku pangkah kasi sign aku panjang siap fullname beserta tarikh.
perghhh..nasib baik leader tuh kuat bersembang..


ada seorang pencinta kebersihan bernama encik ganesh.
encik ganesh seorang yang rajin kutip sampah.
beliau sangat prihatin tentang sampah yang bakal kami buang.
aku rasa encik ganesh ni mesti pencinta keamanan.
oleh sebab itulah dia dilantik mejadi ketua kebersihan.
tapi sayang beliau suka berbahasa yang eksotik.menggunakan gaya bahasa yang ekstrem.
gaya renungan beliau sangat tajam.beliau selalu pandang mereka yang buang sampah sebagai tanda warning siap kau kalau sampah bersepah.
mungkin beliau menggunakan bahasa yg tinggi sehingg aku xpaham lansung ape yang dia cakap.
yang aku paham dia tunjuk2 kesana kesini seperti ingin beritahu arah.
jangan main2 ngan encik ganesh tau..
dia ada sakit jantung tau.
ari ni dia keje sekerat hari sebab dia gaduh ngan mamat sorang ni sebab mamat ini bukanlah seorang yang pencinta kebersihan seperti beliau.
pa yang dia cakap masa gaduh tadi lagi aku xpaham..yang aku paham dia ngah protes tuh.
ekstrem sungguh cara dia protes hingga ketua supervisor kasi cuti kat dia serta merta.
aku tertanya tnya taktik dan ayat ape erk dia guna.boleh cilok!

okeh aku sakit kaki nih.xder idea nak nulis byk2....
assalamualaikum.

p/s.baru aku ingat.aku xberak lagi lah ari ni.!aiyo..tensen aku.siang tadi aku dah plan nak tulis kat blog cane..skang aku dah lupe.arghhh..nanti aku ingat aku tulis lah.

19 November 2010

boo sun





ari ni satu hari aku duk mengadap pc sambil online.
betul2 hardcore aku ari nih.
boleh bikin mati kutu kalau tiap2 ari camni.
boleh bikin aku mati kebosanan gak.
inilah aktiviti apabila cuti sem dan tidak membuat sebarang kerja part time.
hanya melanguk sendirian.
apabila kene leter.
taktik buat buat keliru dipraktikkan dengan jayanya!

aiyo...
macam2 aku menda aku surf ari ni..
video kelakar buat kasi mood ceria lah.
facebook(kasi huru hara status orang.kuang3)
youtube(konon tgk cita forrest gump)
bloggers lain nyer blog lah.yang bes jer aku baca.hahahaha.
okeh sekarang ini secara tidak sengaja aku telah berminat nak mengulas tentang jenis blog yang aku xberkenan lah.

jenis blog yang aku xberkenan adalah seperti yang akan aku huraikan dibawah.
blog yang menjadikan blog beliau sebagai diari yang melampau.
aku tegaskan disini diary yang melampau dan sgt lah over.

sebagai contoh.

aku cintakan kau sampai mati.(sambil taruk gambar ngan kiss pipi.pui!)
pastu next entry.aku sayang kau.kaulah segalanya buat aku baby.(sambil taruk gambar kekasih ati yang paling manja)
seterusnya.i sedih la u buat i camni.(taruk gambar hati retak)
next.u naper makin jauh ngan i.(taruk gambar amik sendiri masa tgh nangis)
after that.sayang kamu lebih aku menyayangi dirimu.(sambil taruk lirik lagu kau kekasih awal dan akhir)
then.cintaku hanya buat mu duhai kekasih hatiku.(taruk gambar semasa berdua yg paling manja lah.aiyo!)

percayalah cakap aku.ada blog yg camni!
memanglah ada kebebasan dalam menulis blog.
tapi aku hanya luahkan pendapat aku.
ape yg aku x berkenan.
x salah kan..

seterusnya dalam blog dia sibuk duk mengata kawan sendiri.
ape kes ni bhai.
menyampah betul.
yang paling x tahan kutuk kawan sekelas.
n paling bes kutuk roomate sendiri
kritik pasal kawan pakai baju ape.
warna kulit hitam legam la.
pasal mulut busuk lah.
orang camni mmg pathetic asshole lah aku cakap.
tiap2 post mengata n mencaci kawan sendiri..
kamon lah.kamu dah besar.
kesian..



p/s:stakat ni aku baru kasitau 2 jenis blog yg aku kurang berkenan.belum dapat visi lagi utk menambah karangan aku pada mlm ini.okeh.adios.
n selamat menyambut hari raya kurban

kepada yang lemah jantung jangan baca entry ini


erm gambar diatas agak eksotik ya..pedulikan apa msg yang cuba gambar ini sampaikan.


sedang aku rilek rilek sorang.
aku terpikir.
macamana kentut semasa sedang berak erk?
mesti ekstrem tahap gaban.
bayangkan semasa proses nak menyalurkan atau mengeluarkan sisa kumbahan itu.
tiba tiba angin dari dalam membuak menolak keluar sisa itu!

yeah aku tahu jawapan dia.
aku rasa lah mungkin kelajuan anda semasa sedang berak akan lebih laju atau dalam kata lain anda berak dalam masa yang pantas dan singkat.

p/s:camana agaknya ekspresi muka disaat genting itu ya...agak menarik topik pada pagi ini kan.hahahhaaha

18 November 2010

mlm ni aku bercerita tentang realiti hidup


erm aku baru jer lepas baca blog someone.
terkilan sebab orang yang dikutuknya adalah kawan aku.
mmg la hak korang nak mengata sesapa pun dalam blog.
tapi ,
perlu ker nak detailkan satu satu ape yang korang x berkenan tentang tentang seseorang.
ketahui lah bahawasanya kita x sempurna.
semua orang xsempurna.
semua orang ada kelemahan dan kekurangan sendiri.
kalau memang dah perangai dia camtu,
xleh ubah dah,
kalau tegur pun x jadi jugak.
please,
belajar untuk menerima dia seadanya.
biarlah kerana begitulah adat berkawan.
berkawan memang senang.
tapi cara kita mengekalkan hubungan sesama kita sebagai kawan tu yang susah.
walau menyampah bagaimana pun
xperlu lah menjaja cerita kesana kemari
bercerita tentang keburukan atau kekurangan si dia
sedarlah sahabat bahawa kita adalah sama.
sama ada kau sedar atau tidak.
kau telah mempengaruhi orang sekeliling kau.
luaran kau nampak sangat baik dan sejuk mata memandang.
tapi bila aku dengar kau mengata dan mengeji dia,
pandangan aku terhadap kau terus berubah.
perlukah kau menyindir dia bila dia ingin membuat perkara baik?
perlukan kau menyambung sisa dendammu selepas si dia meminta maaf?
ini bukan caranya berkawan wahai kawanku.

aku boleh jadi hipokrit,
aku boleh jadi seorang penipu.
aku adalah manusia.
dia boleh jadi warak.
dia boleh jadi seorang optimis.
dia pun manusia sama seperti aku.
kau boleh jadi seorang yang prejudis.
kau boleh jadi seorang yang peramah.
kau juga manusia sama seperti dia.
inilah manusia.
manusia yang xpernah kenal erti puas.

aku mengaku.
aku juga banyak membuat kesilapan dalam keadaan sedar atau separa sedar.
tapi jangan la hukum aku dengan mengeji aku atas kesalahan yang aku xpernah libatkan kau.
jangan hakimi kesilapan aku atas kesalahan yang telah lepas.
sebaiknya nasihatilah aku.
jika aku berbuat apa2 kesilapan.
kerana kita manusia sentiasa membuat kesilapan.
manusia yang amat kerdil.
yang jahil tentang ilmu.


p/s:sebagai peringatan kepada diri sendiri.
aku x berani nak ulas lebih sbb aku juga byk kekurangan..

15 November 2010

sekian lama


sekian lama aku aku tidak menjejak kaki ke rumah sanak saudara di Johor.
aku dapat tau satu benda hari ini.
semasa aku ngah rilek rilek baca buku tentang lembu ternakan,aku terdengar kanak kanak di kawasan perumahan ini menyayi lagu iklan kopi janda sambil membaiki basikal mereka.


sangat eksotik!

jesteru itu aku segera buat spekulasi.
dalam banyak2 lagu.lagu tu jugak yang dorang nyanyi.naper yer?

x caya sila tanya kakak aku.


p/s:aku sekarang ni sedang mengkaji perlaku manusia di tempat yang berlainan mengikut musim

14 November 2010

taktik sulit





agak agak kalau buat kat malaysia ni taktik ni jadi x?

bukan nak cakap tapi pernah berlaku












secara jujur aksi begini pernah berlaku kepada aku semasa subjek sejarah,kimia, fizik,dan addmath .
hahahhahahahahahahhaahhh

BAS EKSPRESS


ari ni aku naik bas ekspress pada malam.


bas ekspress.
harga rm18.
seat no 1st.
waktu berlepas 9pm.
full view mengadap ke depan.
waktu berlepas memang sharp.
seorang pemandu driver dengan jelingan mata membunuh.
seorang kelindan bas dengan gaya macho ala yakuza.

aku lihat.
pemandu bas amatlah tidak mesra rakyat tidak seperti pemandu bas lain.
perhatikan di sini pemandu bas ini tidak mengamalkan semangat satu malaysia.
aku agak dia mempunyai masalah sembelit yang tidak lepas agaknya.

aku membuat kajian.
pemandu ini mempunyai masalah pendengaran.
maafkan aku tapi ini memang betul.
serius aku cakap.bukan nak cakap tapi benda betul.
berdasarkan soalan yang aku tanya sebanyak 3 kali.
aku terpaksa menjerit ala suara amy search masa nyanyi lagu fantasia bulan madu.
baru dia mendengar pertanyaan aku.
kali ke4 barulah dia menjawab soalan aku iaitu

'bang kite berenti kat kemaman x?'
itulah soalan aku yang senang bagai bulu goreng.

dia menjawab
'cakap kuat sikit,x dengar la mu cakap ape'

patutla aku tanya 3 kali dia buat muka hardcore muka ketat bagai anti komunis.
kelindan bas juga sama seperti nya.

aku pikir mesti pemandu ini yang mempunyai wajah persis anti komunis akan membawa bas dengan gaya kamikaze.
tapi sangkaan aku meleset sama sekali!
oh sungguh aku tidak sangka.
permulaan perjalanan dia membawa kelajuan maksimum iaitu 30 km sejam di jalan highway selama 10 minit.
.............
okay selepas itu aku rasa dia dengar kot hasrat dalam hati aku.
dia menaikkan kelajuan kepada 60 km sejam di highway.
terima kasih!

setengah jam kemudian.
aku lihat satu persatu kereta melepasi BAS EKSPRESS yang kami naiki.
satu satu kereta buat pelbagai aksi untuk memintas BAS EKSPRESS ini.
aku melihat sambil senyum.
aksi pancung berani mati pun ada.
peeehhhhh.
yang aku tabik ialah aksi seorang pakcik tua.
beliau dengan style membawa motor ex5 lampu belakang petak.
lagi dengan muka hardcore memintas BAS EKSPRESS kami dengan perasaan yang santai sekali.

dalam kegelapan malam.
suasana di dalam bas aku dapat lihat ekspresi muka seorang demi seorang penumpang bas melalui sinaran cahaya tiang lampu jalan yang bergerak pantas.
ada yang buat muka eksotik.
bahkan gaya tidor yang eksoti pun ada.
dalam ramai aku dapat dengar seorang penumpang mengeluh
'bile nak sampai nih?'
adakah beliau tau bahawa beliau perlu buat gaya seperti aku buat tadi.
iaitu suara persis amy search menyanyi fantasia bulan madu.
kerana pemandu bas ini kurang pendengaran.

aku secara tidak sengaja membuat spekulasi dalam hati dalam hati.
ala ala monolog dalaman
kenapa dia xbeli alat bantu pendengaran?
dah lamakah dia kerja sebagai pemandu?
sejak bila dia jadi kurang pendengaran?
atau adakah dia buat buat kurang dengar macam aku selalu buat?
aku segera mematikan spekulasi aku selepas aku rasa nak kentut.
kalau kentut bukannye dia dengar pun.
xjadi kentut sebab angin masuk balik lam perut.
kuang3.


p/s.
sebenarnye aku xpuas ati sebab kelajuan maksimum bas yang aku naik ialah 65 km sejam di highway.inilah yang dikatakan BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT.nasib baik aku sampai jugak.walaupun aku ade gak rasa nak buat buat sawan supaya pemandu bas melajukan bas tetapi plan itu tidak menjadi kerana dia telah membuat jelingan ala padayappa kepada aku semasa aku sedang menzoom meter kelajuan bas.

26 October 2010

kabut

air.
air hujan yang menitis.
awan yang menangis.
tangisan yang sayu.
menitik satu persatu kearah daya graviti.
bunyi gemersik dayuan angin.
angin yang mencucuk tulang kelabu belakang buntut.
tulang kering kat betis dan
tulang belakang belah atas sebelah kiri.


kesempitan ruang dan benak pikiran buat aku buntu.
ku lihat di televisyen ada cerita Upik Abu dan Laura.
makin serabut.
cerita mengarut ni.
lagi bikin karut.
dah lama x mengarut.
bila mengarut sampai melalut.
aku pun sakit perut.
eh baru teringat hari ni belum berak lagi rupenye.
patutla serabut semacam jer.
rupanya begini.

25 September 2010

TELEFON TANGAN



ari ni aku menulis.
sempena mengingati pemergian enset ku,
entah terjatuh atau atau tertinggal,.
aku pun xtau.
namun mungkin sudah suratan ,
kau pergi meninggalkan aku sendiri.
kau pergi semalam,
arini aku terasa sunyi tanpa bunyi kau.
munngkin mmg sudah suratan aku dengan henfon berkaler dan berkamera jodoh kami xlama..
aku mungkin hanya akan serasi dengan henfon nokia yg ade torchlight tu.
aku keliru camane nak eja handphone lam bahasa melayu.
siap aku eja talifon,telifon dan tilifon.
apeke bengap lak.
rupenye setelah buat research kat google engine.berjaya ku dapat jawapannya.iaitu
TELEFON
okeh.
aku sedang merawat kedukaan ku dengan menonton cerita KAPOWW.

KAPOWW adalah singkatan kepada >> Kesatuan Antarabangsa Peringkat Olimpik Wira Wira.

SIPNOSIS :

‘Kapoww!!!’ filem aksi komedi terbaru daripada penulis/pengarah Azizi Chunk Adnan. Kisah pengembaraan Atoi, seorang budak kampung yang tiba-tiba menjadi superhero, setelah dipanah petir. Atoi mempunyai kehebatan boleh bergerak sepantas kilat dan mengeluarkan bebola api dari kedua belah tangannya. Atoi kemudian berpindah ke Kuala Lumpur menyertai skuad elit superhero yang dikenali sebagai ‘Kapoww’.

Mengalahkan penjahat-penjahat bukanlah masalah besar bagi Atoi. Dugaan sebenar datang apabila Atoi begitu mudah lupa diri setelah dikelilingi oleh kuasa, kemewahan dan populariti. Dan ketika sedang berhadapan dengan krisis dalaman, muncul pula kuasa jahat, Alakazambo. Mampukah Atoi menghadapi semua ini?

16 September 2010

rajin is diligent while malas is lazy

bile la aku nak rajin..
...
...
..
.


mungkin suatu hari nanti.
atau mungkin besok.
atau mungkin lusa.
mungkin bila bila masa.
mungkin selepas ini.
atau sejam lepas pukul 12.


malas.
sekarang ni aku mmg malas.
assaignment yang menimbun.
membuatkan kemalasan aku berganda membuak buak.
oh ya.
aku baru teringat assaignment aku.
aoh memikirkannya sudah mampu membuatkan aku berkata dalam hati 'oh malasnya aku'.


p/s:sbb malas la aku 'ter online' sekaligus mendownload movie,membuka facebook n menulis post baru lam blog.

like!




aku nak umah macam ni n kete camni.
wah sambil layan lagu on call kings of leon!
wah wah wah.
teruja oi!
mungkin satu hari nanti.....
menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui untuk kombi aku.
wah rasa macam aku dah menyelamatkan alam sekitar dari tercemar.
alangkah indahnya kalau ada plak kat dalam dia home theater n karaoke set untuk aku membuat bunyi eksotik.
pastu ada mesin buat air cokelat panas dan kopi suam kaw punya.
kat driver nyer seat lak ade mesin ogawa kasi bakar lemak.
seat lak ade ergonomik kasi tulang belakang aku x bongkok.
pastu ade autocruise lak .lek jer aku drive jauh
kat dalam ade tv plasma lak.
siap ada lampu raya pasang lagu black dog bone sebagai rentak.
kat tepi seat blakang ade meja main catur mane tau bosan dah tgk tv.
puas main catur main jutaria.
kat luar tu kan ade tempat beristirehat.
minum petang lek jer parking kat mane mane yang aku ske.
kat terminal.
kat depan taj.
depan pasaraya CYS.
lek jer.


ok bahagian umah lak.
sangat bes kalau umah aku ade same la macam aku huraikan kat kombi aku tadi.
nanti la aku pikir nak taruk ape kat dalam umah.





p/s;mane nak cari tanah bukit camtu nak buat umah aku?

mencabar gak aku nyer angan ni

15 September 2010

nilai dan harga

minyak motor=rm3

topup=rm10

makan mcd=rm10

sabun basuh baju cap ekonomi handalan=rm3.60

kasut=rm52

tandas=20sen

tisu=30sen

minyak kelapa dara=rm15

jeli kelapa=rm1


but

raya with family=priceless

having fun with friends=priceless

pengalaman eksident=priceless

memori kene tangkap semasa ponteng=priceless

dibelanja makan=priceless

birthday memory=priceless

sembang kosong mengisi masa lapang bersama mereka=priceless

bermalas malasan bersama=priceless

makan satar di tepian pantai=priceless

menonton cerita rosalinda=priceless haha

mandi pantai semasa matahari atas kepala=priceless

winning game together=priceless

dan byk lagi memory yang aku sgt sayang.
oh i missed that moment.
memori yg mampu buat aku tersenyum sendirian
memori inilah yg mampu buat aku bercakap sendirian.
memori yg membuat hari aku bertambah ceria.
memori yang membuat aku bersemangat untuk menempuh hari esok.


p/s:tadi aku mimpi aku menari ngan mak arab n pak arab pasang lagu pittbull.agak menarik mimpi aku semalam.

sweet pee ^-^

start dari pukul 7 tadi aku pundi kencing aku selalu penuh.
apehal?
setiap stengah jam perlu kencing.
bakpe?
risau aku.
adekah pundi kencing aku mogok sebab hampir seminggu aku minum air manis,
adakah?
sebab aku makan pulut manis tahap semut pun leh koma kalau makan tadi?
deng.
aku xmau kene penyakit kencing manis.
deng.
parok sungguh.

aku lawat mak sedara aku 2 ari lepas.
kaki dia berlubang.
n cuba teka dia ada penyakit apa.
deng.
semestinya kencing manis.

3 ari lepas.
aku lawat tok sedara aku.
dia cerita anak dia yang mati sebab kencing manis.
mula2 potong kaki.
pastu xsampai 2 taun terus kembali ke rahmatullah.
deng.
semestinya kerana kencing manis.

3 ari lepas lagi.
aku lawat sepupu aku.
dulu macam kingkong sekarang macam osman kering.
deng.
semestinya kerana kencing manis.

n the tidak bes nye is
bapak aku pun ada kencing manis.
so aku kemungkinan ada kencing manis.
gejala awal kencing manis ialah selalu kencing.dahaga n aku dah lupe tanda2 yang lain.
ini sepupu aku yang cakap la.bukan aku.
aku cume tulis jer balik ape yg dia cakap.

p/s:dah lama x buat air teh untuk bapak aku.
kalau manis kene maki nak bunuh dia sebab dia ada penyakit kencing manis .
argh deng.
aku rasa nak kencing lagi.

14 September 2010

raya ke 5

nampaknya hasil kutipan hari ni tidak memberangsangkan.
yang makin bertambah
hanyala kilogram hasil kutipan lemak yang dikutip semasa beraya.
sambil rancak bersembang mengenai iklan yang bes seperti iklan keropok mony dan iklan sun up seratus peratus perahan asli buah.
anyway persembangan ala parlimen kali ini amat membuka minda kerana dihadiri oleh para wakil pemidato dan sajak sekolah.
diiringi dengan wakil pembaca berita kelas.
perdebatan kali ini sangat mantap dan halus.
erm agak agak sok dapat brape duit raye.
erm agak agak xsenang ati jer aku nak tido malam ni.
nape mesti ada assaignment?
tell me why!
why
why
nape perlu ada kerja masa cuti?
nape ari ni x dapat duit raya?
nape ari ni aku tambah nasik 2 kali kat rumah si N?
nape skarang ni banyak nyamuk?
nape nyamuk ni gigit aku yang tengah ralit typing ni?
k lah aku terpaksa berundur diri.
nak berperang ngan nyamuk.
tiada aedis tiada denggi.

salam muhibbah
assalamulaikum

alfatihah


di hari raya ni.
aku nak mintak ampun.
ajal dan jodoh ditangan tuhan.
DIA yang lebih mengetahui.



seorang kakak kepada kawan.
sehari sebelum raya.
beliau telah pergi ke rahmatullah.
tanpa sebarang tanda.
tiba2 koma masuk ICU 9 hari.
ibunya terpaksa meredhakan beliau pergi dengan membenarkan doktor menarik saluran nyawanya.
penyakit yang doktor sendiri masih keliru.
adiknya kulihat hiba .sayu melihat jenazah sekujur kaku.
keluarganya meyambut hari raya di kuburan.
anaknya masih kecil.
kukira berumur setahun.
riang tanpa kenal erti hidup.
bersih dari sebarng dosa.
suaminya.
aku xtau nak cakap camane.
bayangkan dari sekolah menengah adjust arwah.
lepas kerja baru dapat .
baru 2tahun kawin.
ALLAH lebih menyayangi arwah.
mungkin kebahagiaan mereka di akhirat kelak bersama.
amin

alfatihah kepada arwah.
moga ALLAH mencucuri rahmat kepada arwah.

ingatla bahawa yang paling dekat adalah maut.

godeng godeng



aku pun xtau nape aku taruk gamba ni.
mungkin aku da x sabar nak mengundi kot.

urm.
topik lain lak.
aku berfikir lam masa 4 minit.
aku masih dikira amatur dalam bidang blogging ni.
lepas bace blog orang lain buat aku semangat ayam lak nak sambung blog ni.
aku sgt tabik kepada penulis blog yang otai.
dan pada mereka yang berjaya menyusulkan idea yang sangat bernas yang terhasil dari sudut benak otak yg perlu di pikir dahulu sedalam dalamnya.
setiap orang sangat la berlainan.
pendapat.
perspective hidup.
cara penulisan.
cara pendekatan.
cara berkhayal.
cara menasihatti.
berkongsi idea.
cadangan.

political view.
pelakon peberet.
makanan kegemaran
dan memacam lagik.

sekalidas mampu buat aku berfikir sjenak.
ade lagi orang lain dari aku,
hahahaahha.

sebenarnye aku tulis post ni lepas tgk blog aku ni rupenye takde gadget lansung
hahhahahahahah.
rase cam bodo nak mampos.
k lah.
salam muhibbah.
bertemu lagi kita di lain entry.

happy *-*


dear friend.

im happy for you.
look at u now dear.
u make ur own path.
u lead ur own way.
n u never let them look down on u again.
u are making ur own life better.
after all the things happen.
remember all this as sweet memories.
memories that lead u to be a better person.
memories that will be the reason for anything,
to start a new challenge.
or anything that can make u happy.
hope to see u soon dear.
never look for past again.
as everyday u make a new day.
another memorable day.

reality is not sweet rite.
sometimes its bitter and sour.
again.
im happy seeing u happy.
u have the courage.
face the obstacle with ur arm wide open.

i hope i can make a new start tomorrow.
im writing all this cause i want to advise myself and i miss u dear friend.
lately.ive been wondering
how am i suppose to live.
am i choosing the right path?
am i live like i want?
am i too bad?
am i annoy anybody?
or am i just playing or fooling around without knowing what to do next.
ive been thinking
what is the best for me.
unfortunately i cannot predict the future.
no one can.
every path will lead u a different ending.

urm.
tengok!
kan aku dah berjiwang.
hahhhaahah.
erm anyway aku syang suma kawan2 aku.
dari celah mana pun aku sayang jugak la.
but i dedicate for someone this time.
make urself happy dear.

SALAM AIDILFITRI


selamat menyambut hari raya buat semua.
moga bertambah pahala dan berkurangla dosa.
walaupun hari raya ke4 baru aku update blog ni.
tapi raya kan sebulan.
HHOORAAYYYYY..

anyway hari raya kali ni beri aku memori baru yang sgt bes sehingga mampu buat aku bercakap sorang sorang.

hari raya pertama.
ok.biasa.steady.layan.ampun maaf.

hari raya ke 2..
pukul 8.30 pagi.
di masa matahari mulai terik di pantai,
aku.emak.pak sedara n mak sedara n anak dia pergi ke pantai nun kat sana.
nek kete lek jer..
cuaca cam cerah jer.
lek lagi.
baru pukul 8.15.
mane panas lagi kata mak sedara aku.
aku pun ok jer.
pak sedara aku pun ok jer.
sepupu aku dah excited gile.


sampai destinasi .
panahan matahari bagai kat sudan.
aku terpana.
semua dalam kereta terkesima.
nak mandi ke x.

mandi je la.
bukan selalu mandi pantai pagi raya kata mak sedara aku.
terasa kulit aku makin dimamah oleh sinaran matahari.
argh lupe pakai sunblock.hahhaha
dikala orang lain sibuk mencari tempat teduh untuk berlindung.
kami lek jer gi pantai mandi lam sejam due.
tatkala matahari tengah atas kepala.
kami lek jer berenang renang ke tepian.
tatkala panas terik memancar.
kami lek jer duk atas batu duk layan melihat keindahan alam sekitar.
walau mata semakin sepet menahan sinaran uv.
namun aku gagahi jua berbekalkan ayat dari kawan aku.
matahari pagi2 bagus untuk kesihatan.
ade vitamin d .
kalau x silap aku ah.
yeah.


hasilnya.
kulit semakin berkilat dan merelit.
yeah.
aku bahagia.

anyway aku pun da tatau nak cakap pe lagi.
nanti aku mengarut da.
selamat hari raya.
maaf zahir je.
batin xde kene mengene erk.


erm hasil salam korek tangan dah berkurang.
salam korek tangan ialah salam yang lepas salam tetiba ade duit terselit.
muahahaahah.

camane aku nak naikkan hasil raya tahun ni?
esok kene berusaha lebih ni.
raya kan sebulan .
hahahhaha.

eh lupe lak.
petang tu aku dapat tau pak guard cerita kat pantai tu ada kes.
kes beruk gigit bontot budak.
sampai masuk spital budak tersebut.
hahhahahaha.
nasib baik pergi mandi pagi.
selamat kami berlima.
beruk x tahan cuaca panas.
oleh itu kalu nak elakkan dari serangan beruk liar yang comel.
anda boleh cuma mandi pantai semasa waktu matahari tgh menggelegak atas kepala.
aku gerenti la xde yang berani kacau nyer.
siap beruk2 leh tabik lagi ngan aksi berani mati anda.

sekian terima kasih
terima kasih juga kepada pak guard pantai tanjung bidara kerana sudi berkongsi cerita anda.

12 July 2010

dasar binatang







adakah ini yang dinamakan tidak mengenang budi?

kreatif




hmm dou see any resemblance?

terjumpa mase buat reasearch pasal prime mover..hahahha

i like the way they think.very creative in their own way.
by the way ,actually it does give me an idea on how am i going to design my next logo hahahaahha..

27 June 2010

Lunch at Casa Limbong

aku x puas ati tol smalam tengah sesedap rase aku melantak makan nasik kat kedai makan.tetibe ade orang gila lak selambe gile jer duk sbelah aku isap rokok.
pergh.
kawan aku dah cabut pegi basuh tangan.memang sah la x abes makan .
tinggal aku je yang tengah gaul nasik ngan kuah.
dahla aku ngah syok makan ikan bilis sambal ngan hati ngan hempedal .
kuah lak kuah masak asam.
pergh..........
mase ngah bes duk uli sambil gaul nasik orang gile tu ape jadah yang die pikir tetibe je duk sbelah aku.
nak tercekik aku makan nasik.
sampai berair mata aku.
urat tengkuk dah keras x pandang kiri kanan.
aku tengok dak yang duk meja depan dah sakit perut tahan gelak.
mak aih.
orang gile tuh macam nak psiko aku je.
kali ke2 aku hampir tercekik nasik aku dah give up.
beliau berjaya psiko otak aku.
aku trus pegi basuh tangan.
membe aku dah tunggu jauh dah kat depan.
pergh ...
baru teringat air x minum lagi.dahla air nescafe ais.kalu ais kosong leh ar tinggal.
aku trus pegi balik meja aku x pandang sape dah.
minum air 4 teguk trus pegi bayar.
xmampu aku menatap pandangan matanya.


ari ni aku makan nasik kat umah.
hahahahhaha.
takde orang gile nak kacau aku makan nasik.

20 June 2010

genap sepurnama aku bertapa di pinggiran suburban.
bersebelahan dengan kedai toko jamu.
aku yakin dengan fakta aku sendiri kali ini.
bahawasanya selama ini aku telah salah tafsir dengan kedai jamu itu.
selama ini aku sangka hanya wanita yang membeli belah di kedai jamu itu.
rupa rupanya
aku kira kira.seramai 70% daripada pelanggan kedai jamu ialah lelaki.
huh.
aku terkesima.
aku membuat pertanyaan pada pekerja kedai toko jamu.
testimoni yang diperoleh ialah amat menyokong pendapat aku.
itu saja yang ingin aku ulas pada malam ni.
aku ingin meneruskan pertapaan ini.



salam perjuangan dari hamba,
ada masa kita ketemu di kedai kopi.
sambil kita berumba.
bercerita di kedai kopi.

15 June 2010



aku dah muak ngan nasik minyak.
aku rase sume orang dah muak kan.
nanti kalu aku kawin aku xnak buat nasik minyak.
aku nak buat nasik kukus.
kelas gitu.hahaha
tapi ape aku boleh buat.
nasi minyak bagaikan sebati ngan orang kawin.
ade gak panggil nasi orang kawin.
itu menandakan kukuhnya dan eratnya nasi minyak dengan perkahwinan.
musim cuti sekolah ni mmg banyak orang kawin.
ada pro dan kon kan.
eh malam ni aku rase aku ni dah jadi macam deejay lak.
berbalik pada nasik minyak.
tengok je dah berjaya buat aku masuk terus dalam rumah pengantin.
tgk lam goodie bag ade ape.
kalu ada kuih trus sambar.
aku tgk makcik makcik n pakcik pakcik yang datang pun camtu.
amik syarat je makan nasik minyak.
tu pun sejemput.
kalu ada nasik putih n lauk lain baru la banyak sket kuantiti yang diambil.

air sirap pun sinonim ngan hari perkahwinan.
merah menyala lambang dua hati yang merah menyala.
warna darah pengantin baru.
tanda sehangat cinta yang bersemi.
kemerahan inai di jari pengantin.
air sirap yang sejuk menjadi penyelamat kepada para hadirin yang hadir.
walaupun selalu je yang aku minum sangat la tawar .
ataupun terlebih gula.
namun aku x kesah kerana cuaca di malaysia membuat aku bersyukur dengan rasa air yang ada.
ALHAMDULILLAH.


ape ape pun aku nak mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya melansungkan perkahwinan dengan jayanya.
sesungguhnya membuat persiapan perkahwinan amatla memerlukan mereka mentally n phisically fit.
aku amat tabik pada mereka yang menjadi tulang belakang kepada sebuah majlis perkahwinan..
hari khamis

adakah hari yang malang buat aku?
entahla.
aku tengok zodiak aku cam ok jer.

hari kamis juga pelbagai aksi ngeri aku buat.
sampai aku sendiri bingung memikirkan.
senang cite nak berak x jadi.

huh.
memikirnya lagi buat usus aku berangin.
tanda kentut lebat kot nanti.

cis,.

pagi.
aku ter'rosak'kan customer nyer barang.
muke aku pucat dan berpeluh peluh.
nasib baik boss x marah aku.
sbb dia kawan bapak aku.
kebetulan bapak aku ada.
so dia kontrol.
hahahhaa.
aku dapat rasakan yang dia sedang maki aku dalam hati.hahahhhah
kalu dia xmaki aku dalam ati bukan manusia la kan.

so i have to pay for what i did.
celaka.
aku termenung kat surau 2 jam.
sampai boss ingat aku balik umah.
hahhahahhahahah.


petang
aku buat patah tool kesayangan boss aku.
mampos.nasib baik x cirit
nasib baik dia kluar n aku sempat beli baru tool dia.
nasib baik sampai sekarang dia x perasan hahahha.

balik umah terpijak tahi ayam yang sedang watery dah basah basah sejuk gitu.
hahahahahah..aku suka dalam derita.
hanya mampu tersenyum manja.

selepas itu aku online.
syok online seekor kucing yang bergaya habes lalu depan aku.
aku buat derk.
dia x kacau aku pun.
tapi malang tidak berbau.
selambe je dia catwalk kasi air kencing sama laptop aku.
siap terpercik kat handphone.
mak datuk.
hebat sungguh kucing natang tu.
aku x mampu buat ape2 lagi.
sesungguhnya aku hanya mampu melihat lagi.
tipu ah,
kasi bantai tros.
rase macam nak gunting bulu dia
macam aku penah buat dulu kat kucing itam tu.
aku bersabar.....
lap ape yang patut.
sambung online..



malam
aku terjatuh depan rak roti.
di depan seorang manusia yang bertuah.
aku jatuh siap terpaleot dan terlompat gaya lompat kijang yang riang.
betapa bangganya aku.
aku senyum pada semua orang yang ada termasuk cashier.
bahkan aku siap minatk maaf pada manusia yang melihat aksi ngeri aku.
terasa sangat bahagia


sesungguhnya hari kamis berjaya buat aku tersenyum sendirian..

25 April 2010

pagi yang gelap

pagi ini sangat indah.
embun pagi yang dingin.
bau embun yang wangi.
segar dan mantap.
bunyi burung berkicauan memanggil kawan kawan.
sebab itulah geng burung dipanggil sekawan burung.
bukan kumpulan burung.
matahari mulai mengintai celah celah dedaun
anjing anjing yang garang menyelongkar sampah.
mencari saki baki kfc.
sambil kakinya laju menguis nguis timbunan sampah.
aku termenung sejenak.
memikir sebab apa aku sakit perut.
adakah sebab perut kembung?
nak berak?
ataupun keracunan makanan?
arg memikirkannya sudah boleh membuat aku sakit kepala.
mata pun dah makin kuyu.
macam mata sylvester stallone.
aku mau mengorak langkah,
membentang tempat beradu.
satu persatu aku campak.
hah aku beradu dulu.
aku mahu mimpi berada di kepulauan yang indah
dihidangkan denga buah buahan tropika.
bunyi gitar hawaii.

greng greng greng..

selamat jalan

24 April 2010

oh my land water



sedang aku dalam perjalanan siang tadi.
aku teringat akan sesuatu.
sesuatu yang buat aku ketawa sendirian.
aku terfikir camne la aku leh jadi camtuh.
aku ketawa lagi.

dulu aku pernah taksub akan satu negara ni sehingga aku minat segalanya tentang budaya,artis dan makanan dia.
aku boleh buat research sampai pagi buta sebab terlalu minat akan tentang segalanya yang berkaitan tentang negara ni.
biarlah aku rahsiakan nama negara ni.
mana tau aku boleh sambung belajar kat negara ni hahahaahaah.
sesungguhnya masa depan kita siapa yang tau kan.
oleh itu sebagai langkah selamat biarlah aku rahsiakan nama negara ni.

bila aku pikir pikir 18 kali.
buat kali ke19 aku berpikir lagi.
aku sedar bahawasanya aku tetap sayangkan negara aku.
MALAYSIA oh tanah airku.
biarla orang kutuk tanah airku.
tapi jangan kutuk depan aku,
aku akan berdiri tercacak mengatakan itu adalah tanah airku.
aku pun tidak tau mengapa aku begitu bersemangat patriotik pada malam ini.
mungkin aku telah diberi cahaya keinsafan
bak kata pepatah melayu

hujan emas di negara orang,
hujan batu di negara sendiri.
kalu betul ada hujan emas.
kenapa xkuar dalam tv kan.

walaupun hujan batu kat negara sendiri namun sepanjang aku hidup yang pernah kena hanyalah hujan air batu dimana hijan yang terhasil atau turun berbentuk ketulan ais.
kejadian ini berlaku semasa aku berumur 10 tahun.masih teringat di benak pikiranku bagaimana aku dan makcik aku siap berlari lari anak sambil membawa tupperware dengan laju meluru keluar rumah untuk mengambil kononnya ais yang jatuh atas atap rumah.tempat kejadian ialah di rumah nenek aku.pusing punya pusing malang sungguh ais itu telah cair kata makcik aku.Agak nya aku tidak diberi peluang untuk bercerita pada kawan kawan yang aku telah tengok,jumpa dan pegang ais tu.huh melepas peluang untuk riak sejenak..mungkin benar atau tidak.seperti RIPLEYS BILIVIT OR NOT.

berbalik kepada topik patriotik.
aku rasa bangga sangat berada di MALAYSIA OH TANAH AIRKU sebab sume kawan aku yang dapat pergi oversea sedang meraung mau pulang.
aku tersenyum walaupun dalam hati bilang dulu sapa suruh malas belajar
masih ada kesedaran walaupun hanya seketika
walaupun kebenaran ini amat mengguris jiwa memberontak ku namun itulah realitinya.
aku sedar tapi buat buat x sedar dan buat buat keliru.
walaupun taktik ni dah lapuk namun masih boleh diguna pakai.

sekali lagi saya mau berbalik kepada topik patriotik.
sejak kecil kita sudah ditanam dengan sikap cintakan negara.
walaupun masih jahil dan x mengerti apa apa tentang sikap patriotik.
namun tanpa sedar itulah yang membentuk semangat cintakan negara.
sekali lagi aku amatla pelik mengapa aku menulis tentang semangat patriotik .
walhal sekarang baru bulan april
bukan bulan ogos
mungkin terdetik di hati ini
selepas terbeli sticker satu malaysia.
aku insaf sendiri.
sejenak terpana.
moga moga semangat patriotik di dalam jiwa aku terus berkobar kobar bagai api yang menjulang julang selepas disimbah minyak tanah.
atau api bakar sate yang semakin menyala selepas dikibas kibas menggunakan kipas daun mengkuang.

P/S:terasa mau nyanyi lagu jalur gemilang

19 April 2010

adequate sleep

pagi ni aku menaip sambil melihat sekujur badan bergelimpangan di depan aku sedang tidur dengan nyenyaknya.
argh aku jeles.
aku rase kalu aku tido pun mesti ada orang jeles.
atau aku perasan sorang sorang?
takpelah
perasaan aku sangat rumit sekarang ni
rumit dari perasaan jack black kot dalam school of rock
tapi x setanding ngan perasaan Jaguar Paw dalam cita Apocalypto.

aku melewati bilik demi bilik sambil menatap wajah ceria mereka yang sedang lena diulit mimpi,.
argh aku jeles lagi.
sorang demi sorang membuat pose dalam keadaan tidak sedar.
namun aku masih boleh memberi markah kreatif kerana pose yang ditonjolkan amatla unik dan kreatif.
selain itu gaya dari segi kepelbagaian dalam usaha menonjolkan diri amatla kreatis dan dinamik.
sesungguhnya mereka amat berbakat.
2 thumbs up i tell u

entah mengapa malam ini terasa sejuk pula.
mungkin sebab aku pasang kipas menghala kearah aku dalam jarak 3 kaki.
sampai rambut aku terbang macam dalam video klip celine dion.
aku merenung kipas sambil menaip.
macam hebat pulak rasa,
bukan semua orang boleh buat.
hahahahahahha.

argh dah bosan dengar kentut sendiri.
aku nak dengar kentut orang lain pulak

18 April 2010

just curious

aku sering tertanya tanya pernah x or ada x orang kentut berdarah?

kalu ada mesti kesian kan..

tiap kali kentut kuar darah kene tukar suar.

pastu bunyi mesti lain daripada biase yang slalu yang kite slalu dengar..

pastu mesti rasa pedih kan..

argh aku xsanggup nak bayangkan lagi

binatang ini sangatla eksotik







aku tak tau la nak cakap aper..
aku suka sangat perhati natang ni..
mungkin mereka ada aura yang tersendiri yang bisa membuat aku terus melihat mereka..
mereka adalah makhluk yang sangat eksotik.
sangat beautiful.
sangat lemah lembut.
sangat montel.
bisa membuat jiwa aku tenang..
tapi satu jer..
dia cepat membesar ke alam dewasa..
maksud aku bukan la alam akil baligh kan..
menjadi rama rama.
macam lagu ella tuh..
aku rasa macam nak bela jer jadi binatang peliharaan aku..
sebab dia makan daun jer..
senang dan sempoi kan.

07 April 2010

tahukah anda

tahukah anda bahawasanya jika ada orang mengatakan yang anda menghasilkan kentut dan bahan kumuh yan melalui usus besar tak kira pepejal atau cecair yang sangat bususk x terkira,bersabarah kerana percayalah bahawasanya ianya tidak setanding dengan bau kentut dan bahan kumuh orang jepun .

ini kerana mereka memakan makanan yang mentah.
memakan makanan yang mentah mempunyai banyak bakteria.
seperti sushi dan susi
kite orang melayu makan makanan yang dimasak.
so kurang la bakteria.
lainla ko pegi makan makanan yang basi dan expired date.
haaaaaaaaaaaaaa

makanan mentah yang dimaksudkan bukanlah buah buahan tempatan seperti buah terung dan pisang.
tetapi daging ikan,ayam dan daging.xkira la binatang karnivor ataupun omnivor atau herbivor.sume same jer


last but not least.
ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa percayalah gas yang terhasil adalah hasil proses tindakbalas kimia di dalam usus besar itulah yang menentukan tahap bau yang mantap dan meletup.

What a wonderful world







I see trees of green, red roses too
I see them bloom, for me and you
And I think to myself, what a wonderful world

I see skies of blue, and clouds of white
The bright blessed day, the dark sacred night
And I think to myself, what a wonderful world

The colors of the rainbow, so pretty in the sky
Are also on the faces, of people going by
I see friends shaking hands, sayin' "how do you do?"
They're really sayin' "I love you"

I hear babies cryin', I watch them grow
They'll learn much more, than I'll ever know
And I think to myself, what a wonderful world

Yes I think to myself, what a wonderful world
Oh yeah



p/s:this song somehow remind me the meaning of life

06 April 2010

malam malam

malam ni sangat gelap
gelap gelita
kalu duduk kat luar umah memang bes
kalu tak pasang lampu memang x nampak apa2
pasang torchlight nampakla sikit sikit
aku teringin nak tengok bintang sambil baring atas rumput.
sambil dengar lagu twinkle twinkle little star versi tamil.
pastu makan aiskrim coklat
sambil makan buah buahan tempatan.
dah lame tak merasa embun
kedinginan setiap titisan yang menyentuh kekabu
bulu roma dan bulu badan meremang sebab sejuk
sejuk sampai mencuit sum sum tulang
dapat aku bayangkan.
angin malam yang membuai
mencuit jiwa dan raga
buat aku terasa ingin menyanyi pula lagu CERITA DI KEDAI KOPI
diikuti dengan karaoke lagu getaran jiwa oleh ALLAHYARHAM P.RAMLEE.
aku mahu menikmati semua ini.
satu hari nanti

04 April 2010

TERENGGANESE

malang ni aku lapo la tobak pung,
lepah makang megi aku makang kepuk lok.
aku makang ngan S.
makang megi kari.
lepah makang megi aku makang koktel pulok doh.
koktel expired date doh.
ini adelah percubaang berani mati aku.
naseb baik aku suruh S makang sekali.
kalu aku sakik peruk maknenye S pung sakik peruk gok ah..
hebak dok aku?
sekarang ni aku puah doh online tapi dok leh tido lagi.
pulah doh duk kelih blog orang laing.
berase nok tulih kat blog sendiri la pulok.
menatang sungguh aku duduk pah lengoh kaki.
berase nok berlari pak kali pak seratuh

03 April 2010

BRAIN ITU OTAK


aku rase kebelakangan ni aku dah x banyak berpikir gune otak.
main taram jer.
bak kata orang terengganu bahang rambang jer.
aku rase cerebrum kat otak aku dah x berlipat.
tanda lipatan lam otak menandakan kalu kite makin banyak gune otak maka makin banyak lipatan kat otak kita.
so ari ni tetiba aku terpikir isu ni dah jadik makin serius.
i have to do something before its too late ayat omputihnyer.
aku rase ini ade gak kaitan ngan kes aku tertelan segerombolan semut.
berbalik pasal cerebrum lagik.

aku pun buat la research kat google.
fungsi dia adalah

1- menentukan tahap kecerdikan seseorang.
2- personaliti kita
3- memberi arahan atau respon terhadap semua deria anggota badan
4- merancang dan meneliti

melalui cerebrum nilah kita bertindak,membuat spesifikasi ,kritikan,berimaginasi dan memberi pendapat.
maafkan aku kalu aku salah sebab last aku sentuh buku bio ialah mase exam SPM.
aku slalu pikir camne la bentuk otak albert eistein.
musti otak dia berlipat lipat lagi pusing pusing dan putar putar kan.
lepas ni aku nak carik game la yang boleh buat otak aku berlipat,
tapi aku x suke kire kire.
memang la kire kire ni bagus tapi subjek nilah yang boleh buat aku tido awal selepas sejarah.
kadang kadang aku pelik sebab ape aku amatla mengantuk bile bab mengire
adakah aku x normal?
adakah aku ni kurang normal?
adakah aku ni x cukup khasiat?
no way man bab xcukup khasiat tuh.

walaubagaimanapun aku tetap gembira
entah la.
mungkin sebab nak panjangkan entri kali ni kot.
k lah aku nak bertakafur lak ni.

semoga aku x menjadi nyanyuk macam orang tua nyanyuk

02 April 2010

BILA AKU SORANG2

setiap hari aku belajar benda baru.
perkataan,
aksi,
pepatah,
teka teki,
baik berunsurkan ilimiah dan rohaniah serta batiniah,
benarlah kata pepatah orang orang tua dahulu,
walaupun orang tua namun mereka sangatlah berfikiran logik dan masuk akal ,
mungkin sebab mereka dah lama hidup dan ada setengahnya dah puas dengan kehidupan,
mereka ingin memberikan warning tentang kehidupan yang fana ini,
dengan ayat yang dipanggil pepatah.
ok sambung kembali...
benda baru inilah yang mencorakkan hari kita,
mood kita,
dan yang membuat aku menjadi aku,
yang buat kau menjadi kau,
yang membuat mereka menjadi mereka,
oleh itu lalui lah hari anda dengan cara anda ,
kadangkala apa yang kita lalui adalah untuk mengajar kita tentang kehidupan,
kadang kadang realiti sangat pahit,
kadang kadang penipuan sangat manis,
aku sendiri selalu buat kesilapan,
biaselah manusia,
bukan nak buat buat baik tapi adalah hakikat,
walaupun pahit tapi terpaksa telan kerana itu adalah pilihan sendiri,
muke nampak ceria tapi hati saper tau kan,
rambut sama itam tapi saper tau kat tempat lain ada rambut x,
kulit memang sah la boleh tengok kalu sawo matang,cerah atau putih.
ai kenapa aku berjiwa sangat malam nih?
takpela aku teringin gak nak berbunga bunga sekali sekala..
kesian kepada saper yang bace blog aku nih.
tapi takpa kerana kita semua adalah manusia,
hidup satu malaysia,
dalam iklim khatulistiwa,
sehati sejiwa,
moga hari hari anda semua sangat bermakna,
kalu aku jadik deejay radio pun bes gak,
k lah aku nak tido nih.
ASSALAMUALAIKUM...

01 April 2010

muhasabah diri di pagi hari







dulu aku selalu tgk lagu ni kat tv2.
lepas abis cerita jer musti lagu nih akan disiarkan..
memang tangkap insaf sekejap wa cakap sama lu..
aku teringat lagu ni trus aku search kat youtube.
dan layanla kita bersama sama dengan penuh rasa bangga..

31 March 2010

teori hasil bertapa di Gunung Fiji

tahukah anda bahawa jika anda kentut atau mengeluarkan biogas dengan bunyi yang bertalu talu diikuti dengan bau yang mantop bagai nak rak itu tandanya bahan kumuh anda versi pepejal telah memberi salam kerana di saat genting ini beliau hendak keluar melihat dunia.
jika anda mengalami krisis ini jangan la disimpan dan dikurung bahan kumuh anda lama2 kerana ia akan merajuk dan akan menyerang kembali dengan lebih ganas dan hebat.

LUPA

ape lah salah aku.
walopun masih muda remajah namun memori aku seperti mereka yang sudah menopous.
mungkin ini adalah side effect akibat meminum air yang telah menjadi kolam renang untuk si semut dan rakan rakannya.
orang cakap kalu minum ade semut sekor dah boleh jadi nyanyuk inikan aku yang tertelan semut aku kire lebih dari satu geng.
salah aku jugak.
pegi minum air dalam gelap.
memang la air tuh sangat lazat macam air mineral dari pergunungan fiji.
selepas membuka lampu barulah aku sedar bahawasanya air aku telah tercemar.
aku hanya mampu redha dan bersabar.
kerana nasik sudah jadi bubur ayam.
mataku seakan akan berkaca kaca.
air liurku seakan akan membasahi bibir.
dadaku berdegup kencap umpama muzik tarian singa.
aku pasrah.
memikirkan berapa banyak ekor semut dah aku cernakan.
melihat saki baki semut yang tertinggal membuat aku keliru lagi.

maafkan aku kalu aku telah terlupa kerana aku telah mengalami kehilangan memori sebentar,
aku ada sebab yang kukuh untuk mengatakan yang aku terlupa.
mungkin ini balasan sebab aku slalu tipu lecturer aku yang aku lupa nak jumpe die bile time dia nak jumpe aku n bile die suh submit assignment aku buat2 lupe..

P/S :jangan menipu banyak2 sangat

29 March 2010

AKU RINDU zaman sekolah

1;nak berdiri atas line kuning sebab datang lambat ke sekolah


2;nak duduk kat luar kelas sebab masuk kelas lambat


3;nak kene kurung lam tandas guru sebab kantoi gune tandas guru

4;nak tinggal sume buku teks lam meja sekolah

5;nak kaco junior pengawas sekolah walopun aku pengawas ict

6;nak bonceng motorsikal 3 orang pegi sekolah

7;nak cilok buku lam pustaka sekolah

8;nak jadi melukut di tepi gantang kat padang sekolah

9;nak tido mase kelas addmath

10;nak main tingkap kelas sebelah mase dorang tgh blaja

11;nak lari 100 meter pecut ke kantin mase rehat

12;nak kene kejar ngan cikgu sebab xmasuk kelas

13;nak duk lam bilik kaunseling buat2 ade masalah sebab malas masuk kelas

14;jadi tukang ambil kehadiran kelas sebab bosan belajar

15;lalu depan surau sekolah intai orang solat(yang ni mmg aku berdosa)

16;nak panjat pagar sekolah sebab lari dari pakguard

to be continued

p/s sume ni xkan terjadi tanpa sokongan dari kawan kawan yang sangat menyokong

26 March 2010

dear future

aku rase kan kalu 5 tahun akan datang kalu aku masih hidup dan celik musti aku dah matang..
pastu kan pikir naper la aku boleh tulis macam tuh macam ni kat lam blog..
x sabo rasenyer nak tau rase camne,..
rase2 aku dah kaya lom..
ke masih kayap cam skang hahahha
koya tobat pun

23 March 2010

LIFE...

life is bitter
life is sweet
life is suck
life is joy

your life is complete
when u have it all
but we never get satisfied
until we lose everything

life is such a mess
when bad things happen
face it with arm wide open
that will make u stronger
always believe there is sunshine
on the next day
this will make u look forward thinking positively

life is dull and sorrow
when your life is empty
without feelings
without love and hatred
lovers,family and friends became far away from u

life is meaningful
for those who appreciate their life to the fullest
counting days to make another great day
dreaming
singing loudly
laughing
and talking
lovers,family and friends
they enlighten your life
they colour your life
like the colour of rainbow
like the shining stars

sweet memories are like lollipop
bad dreams are like shit..


agak2 kalu aku nak jadi penulis lirik boleh x?
lumayan gak gaji kan..hahahahah

18 March 2010

ARGHHHH

hari ini.
selepas sekian lama aku menanti kedatangannya
aku gembira
kedatangannya ku sambut dengan penuh debaran
salam nya aku terima dengan berdebar debar
owh tidak.
panggilan terakhirnya iaitu yang ketiga membuat aku serba salah
kerana aku sedang mengarang di blog ini.
argh bulu romaku berdiri tegak

aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal di masa yang singkat ini.
kerana aku mau ke tandas
panggilan terakhir membuat aku x keruan..

selamat tinggal

aku ingin bertarung sekarang ni.
doakan kejayaan ku.
bertarung untuk mengeluarkan bahan asing yang terperap dalam usus besar.
adios

HARI INI DALAM SEJARAH ULAT EKSOTIK

today is the day
the memorable day for me
it happens like magic
suddeny i have a follower
hahaahah
nasib baik xterkejut sampai tercirit
sesungguhnya aku malu plak titibe ade pulak ade yang nak jadi follower aku.
kelakar plak hehheh
dengan ini saya selaku pemilik blog ini mengalu alukan kehadiran anda iaitu EBA .tahniah diucapkan


to EBA
terima kasih kerana menjadi follower saya yang pertama
terharu sangat sampai mau terkentut puff puff puff bunyi mendayu dayu
dengan ini aku jadi lebih bersemangat waja bagai power rangers
xpun jadik cam hero melayu iaitu badang yang katang
sesungguhnya sudah lame xku kecapi semangat ini

moga anda dapat cabutan bertuah yang bes yer..

aku tanya dan aku jawab

mengapa sembang itu bes walopun kita hanya mengulang cerita yang sama sedar atau tanpa sedar?
aku sangat suka sembang.so xkesah la kalu ulang cita sama.kalu cita bes lagi hangat lagi la layan.lepak itu bes kalu ditambah ngan pengisian yang kena selera pekena air kopi ais atau teh ais.perghhh...

mengapa ramai orang suka sembang di kedai mamak dan kedai2 masakan panas?
sebab kedai camni selalu ramai orang

kenapa kalu sembang mesti lebih dari 2 orang?
dalam bab ni ade certain people jer yang mahir lam bab ni..terimalah seadanya

apakah gelaran yang sesuai untuk mereka yang suka sembang?
sembangwan dan sembangwati.kerana ia adalah salah satu sukan yang dapat mendamaikan perasaan


to be continued..

16 March 2010

PUFF!!

ari ni aku telah memperolehi idea untuk kentut tanpa disedari orang semasa dalam kelas atau tempat kerja..

mula mula tido atas tangan di atas meja..
selepas lebih kurang 10 minit tido atau buat2 tido pastikan semua orang mengetahui yang anda sedang tido
ok semasa orang tidak memerhati anda bolehlah kentut ikut suka ati sama ada bunyi mercun,bunyi belon meletup,bunyi cengkerik atau paling dasat takde bunyi!yang tinggal hanyala bau yang superb bes
perhatikan semasa kawan2 anda menyedari tentang bunyi atau bau kentut atau akan secara automatik akan dikecualikandaripada sebarang tuduhan..
kalu dituduh anda bolehlah buat buat keliru atau marah kononnya anda tidak bersalah
kalu masih dituduh anda perlu mencoba taktik sulit ini iaitu buat buat menyiasat saper yang kentut.taktik ini hanya boleh dicuba sekali setahun saja untuk menjamin kemujarabannya ya kawan kawan..


sangat berkesan bagi mereka yang penat...
malam ni malam selasa..
naper la takdak mood gila babes nak ngadap keje
yang menimbun..
tapi kalu gi jenjalan automatik keje ilang
balik umah buat2 keliru
tengok keje trus rase cam nak epilepsi
walaupun keje senang nak mampos
aiiiiii
camne la perangai camni nak carik makan sok luse
nak tanggung keluarga
kita mesti berpandangan jauh
barulah dikatakan menyahut seruan kerajaan dalam wawasan 2020

yeah..
kini aku dah bersemangat.
tapi xmo ngadap sketches.
bek aku online tengk2 survey2 barang baek punya.
xpun tgk blog ko nyer..hah

woit aku nak buat keje la wey.
biarlah aku buat buat segar sementara aku masih sedar ni.
ok aku mau buat keje sekarang
10 minit lagi la.
aku nak tengok si S tido gaye ape lak malam ni
ari tuh gaya pegang M16.
pastu gaya retro siap tunjuk atas lagi.
pastu gaya street fighter.

ok fullstop!! aku nak buat keje
ai makan biskut cecah roti pun sodap gak

14 March 2010

RAGGAE


malam ni aku mau bercerita
tentang mereka
di tanah malaya
tentang mereka bertiga
bukan dan x berkait dengan che guevera
sekali kulihat terus terpana
terkesima
mereka berarak bersama sama
kemana mana
kuperhati dengan penuh setia
meneliti kelakuan mereka
dengan penuh bergaya
berjalan ala ala berfoya foya
meniti jalan jalan raya
tak hirau bahaya
wow macam hero cita PEPAYA
rambut mereka sehati sejiwa
stail dreadlock bersahaja
sambil berjalan seiring rambutnya
aku melihat mereka bersahaja
melintas walau ada kereta
aku di dalam bas sungguh teruja
melihat gelagat mereka
yang relaks walau dihina
mereka bertiga
dalam keadaan bersedia
melangkah dengan penuh gumbira
merekalah si biri biri yang ceria
tiga ekor biri biri yang jaya
membuat aku terpana walau seketika
di tengah hari buta.....



SEKIAN

11 March 2010

tribute to MJ

Selepas kematian Micheal Jackson kita dapat dengar dan lihat tentang dia terutamanya hasil hasil seni dalam bidang nyanyian la.

billie jean
earth song
you are not alone
beat it
black and white


sekarang ni yang paling tebaru kita dapat tgk iklan MJ yang terbaru
membuktikan yang MJ ni akan menjadi lagenda dan disebut sebut oleh manusia berzaman

tapi MJ bukanla MJ yang biasa

MJ ialah MALAM JUMAAT....

09 March 2010

CONDOR HERO


malam ini sangat panas.
sepanas panas memanaskan.
kepanasan membuak buak.
terasa mau berguling guling bagai cacing kepanasan namun aku masih mempunyai kewarasan otak.
but research panas lam google image terkeluar benda yang lain pulak.
makin kupanas.
duduk depan kipas sambil kipas dibuka yang paling maksimum.
baru lega macam dah berak.
rambut mengurai ditiup angin bagai seperti akula condor hero yang terbang bersama burung condor.
aku terbang dan terbang

aku melihat beliau berlalu.
agak2 satu kaki dari kakiku.
aku melihat beliau berjalan dengan angkuhnya.
bagaikan aku yang menumpang rumah beliau.
aku sabar dengan harapan beliau berlalu dengan selamatnya.
aku melihat dengan ekor mata.
mata mngantuk.
ala2 kuyu.
namun beliau sudah melampaui batas.
kesabaranku tercalar.
beliau dengan enaknya memijak tempat aku beradu dengan kaki dan jemarinya.
aduh tak tertahan rasanya.
aku terus menyergah beliau
tapi
sergahan aku x diendahkan.
mampus la ko
aku terus terkam beliau
beliau lari bagai lipas kudung.
hah aku ambik botol ridsect
aku sembur puas2 kat mata beliau
puas hati tak terkira
ku lihat encik lipas terkulai selepas di serang bertalu talu
aku berdiri dgn penuh bangga.
terasa diri bagai superhero.
condor hero.

ALICE IN WONDERLAND in 3D




the main reason aku nak tgk cita ni sbb aku nak tgk johnny depp ngan helena bonham carter..sbb dorang mmg secocok blakon sesamer..
pastu sbb nak tgk kucing gemuk ngan ulat beluncas yang gemuk tuh..
n sbb tim burton yang arahkan cita nih..

tapi bagi aku cita ni kite mmg dah tau jalan citer so tu yang jadik busan..
tapi tkper baju yang alice pakai sumer santet..hahha