pejam celik biji mata.
pejam bukak mata.
buka mata pandang kesana
main main mata.
tutup mata.
garu mata.
pejam mata berkelip kelip.
mata berkedip kedip.
aku dah berumur 21 rupanya.
masih belajar dan tak mempunyai tujuan yang pasti
masih keliru dan jiwa kacau.
mempunyai jiwa memberontak(jiwa remaja lah)
tak mempunyai wang dan harta sendiri.
berpikir tentang masa depan yang tak pasti.
...............................................
semalam aku menyertai olahraga lepakwan iaitu sukan melepak dan menjadi kutu.
brsama dengan ahli penceramah dan pembangkang bebas kami bertukar pendapat tentang pengalaman lepas.
pengalaman di alam persekolahan.
walaupun hanya mengulangi topik yang sama namun tetap akan mendapat hasil ketawa berdekah dekah.
aku pun kadang2 keliru kenapa masih kelakar walaupun diulang ulang.
masih ku ingat kami pernah di label sebagai 'muka atas jalan''otai kantin''jaguh rotan'.
sepanjang kami berborak tiba tiba.
terkeluar lah nama napi.
iaitu otai kampung aku.
beliau sama umur ngan aku.malah sama sekolah pula.
aku mendengar penuh khusyuk tentang aktiviti terbaru beliau.
sepanjang yang aku tau beliau adalah salah seorang keeper yang bolanya sentiasa lobos sebab beliau suka naik menjadi striker.
tapi kali ini lain daripada yang lain sehingga mampu buat aku menggigil!!
aku dengar beliau telah mengubat orang.bukan doktor,
beliau telah menjadi tok bomoh!
pekerjaan yang jarang dipilih bagi golongan belia.
bagi aku pekerjaan yang eksotik lah bagi beliau yg berumur 21 tahun.
inilah antara yang membanggakan aku sebagai penduduk kampung.
aku tengah membayangkan bagaimana dia mengubat orang.
sebab aku pernah satu kelas ngan dia.
ape2 pun aku berbangga lah ngan dia akhirnya dia mempunyai pekerjaan tetap dan bekerja sendiri.
No comments:
Post a Comment