02 January 2011

mari kita buka kelendar baru!

hari ni adalah hari yang sangat eksotik..
aku naik bas dalam keadaan yang sangat gembira.
bas yang sangat eksotik iaitu BAS SIHAT.atau nama matsalehnya HEALTH BUS.
hari ni juga aku telah jumpa satu port baik punya..
port untuk melepaskan hajat genting
iaitu tandas awam..
tandas ini bukan calang2 tandas.
jangan pandang luarannya saja.
terletak dihujung korner.
selama 2 tahun 6 bulan aku di kuantan.
baru arini aku terdetik nak masuk tandas nih.
harga tiket masuk tidak mahal hanya 30 sen.selepas anda masuk ke dalam anda akan tau kenapa saya bilang 30 sen tidak mahal.
tapi apabila melangkah masuk kedalam tandas tuh.
seakan sperti hutan tropika yang sarat dengan flora dan fauna
di cermin juga sarat ngan bunga hiasan berjurai mengurai menjalar jalar
di dinding pula tergantung dengan gubahan bunga yang digubah seperti gubahan bunga manggar.
sabun tangan penuh satu botol tersedia di sebelah sinki.
aku seperti masuk di kedai bunga.
serius aku cakap.
betapa cintanya penjaga tandas itu kepada bunga bungaan ..
lagu indo dipasang sebagai halwa telinga.
selama 20 tahun aku hidup.
tandas inilah yang paling banyak flora dan fauna.
dan tahap kebersihan juga memuaskan.
saya berpuas hati.
aku terpikat!
serius aku cakap.
sila pandang mata saya!
terletak di sebalik hiruk pikuk kota.
di jalan pasar berdekatan ngan terminal bas kuantan.
kalau anda rajin silalah usha tandas ini.
memang eksotik wa cakap lu!


p/s:rasa cam nak pi lagi tandas tuh..


**********************************************************************************


hari ni aku makan

1-nasi lemak ayam goreng.

2-nasi beriyani

3-sup kentang ngan ayam

4-mihun tomyam

5-kuih seri ayu

6-chocolate moist cake

7- sotong celup tepung(saiz sotong adalah besar anak jari.dah blacklist kedai tuh.padan muka kau)

so aku sedang konpis nih makanan apa yang buat lidah aku bengkak nih!baru aku tau betapa mencabarnya lidah bengkak....dimana mulut aku berada dalam keadaan bibir yang eksotik

No comments:

Post a Comment