ape lah salah aku.
walopun masih muda remajah namun memori aku seperti mereka yang sudah menopous.
mungkin ini adalah side effect akibat meminum air yang telah menjadi kolam renang untuk si semut dan rakan rakannya.
orang cakap kalu minum ade semut sekor dah boleh jadi nyanyuk inikan aku yang tertelan semut aku kire lebih dari satu geng.
salah aku jugak.
pegi minum air dalam gelap.
memang la air tuh sangat lazat macam air mineral dari pergunungan fiji.
selepas membuka lampu barulah aku sedar bahawasanya air aku telah tercemar.
aku hanya mampu redha dan bersabar.
kerana nasik sudah jadi bubur ayam.
mataku seakan akan berkaca kaca.
air liurku seakan akan membasahi bibir.
dadaku berdegup kencap umpama muzik tarian singa.
aku pasrah.
memikirkan berapa banyak ekor semut dah aku cernakan.
melihat saki baki semut yang tertinggal membuat aku keliru lagi.
maafkan aku kalu aku telah terlupa kerana aku telah mengalami kehilangan memori sebentar,
aku ada sebab yang kukuh untuk mengatakan yang aku terlupa.
mungkin ini balasan sebab aku slalu tipu lecturer aku yang aku lupa nak jumpe die bile time dia nak jumpe aku n bile die suh submit assignment aku buat2 lupe..
P/S :jangan menipu banyak2 sangat
31 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment