14 November 2010
BAS EKSPRESS
ari ni aku naik bas ekspress pada malam.
bas ekspress.
harga rm18.
seat no 1st.
waktu berlepas 9pm.
full view mengadap ke depan.
waktu berlepas memang sharp.
seorang pemandu driver dengan jelingan mata membunuh.
seorang kelindan bas dengan gaya macho ala yakuza.
aku lihat.
pemandu bas amatlah tidak mesra rakyat tidak seperti pemandu bas lain.
perhatikan di sini pemandu bas ini tidak mengamalkan semangat satu malaysia.
aku agak dia mempunyai masalah sembelit yang tidak lepas agaknya.
aku membuat kajian.
pemandu ini mempunyai masalah pendengaran.
maafkan aku tapi ini memang betul.
serius aku cakap.bukan nak cakap tapi benda betul.
berdasarkan soalan yang aku tanya sebanyak 3 kali.
aku terpaksa menjerit ala suara amy search masa nyanyi lagu fantasia bulan madu.
baru dia mendengar pertanyaan aku.
kali ke4 barulah dia menjawab soalan aku iaitu
'bang kite berenti kat kemaman x?'
itulah soalan aku yang senang bagai bulu goreng.
dia menjawab
'cakap kuat sikit,x dengar la mu cakap ape'
patutla aku tanya 3 kali dia buat muka hardcore muka ketat bagai anti komunis.
kelindan bas juga sama seperti nya.
aku pikir mesti pemandu ini yang mempunyai wajah persis anti komunis akan membawa bas dengan gaya kamikaze.
tapi sangkaan aku meleset sama sekali!
oh sungguh aku tidak sangka.
permulaan perjalanan dia membawa kelajuan maksimum iaitu 30 km sejam di jalan highway selama 10 minit.
.............
okay selepas itu aku rasa dia dengar kot hasrat dalam hati aku.
dia menaikkan kelajuan kepada 60 km sejam di highway.
terima kasih!
setengah jam kemudian.
aku lihat satu persatu kereta melepasi BAS EKSPRESS yang kami naiki.
satu satu kereta buat pelbagai aksi untuk memintas BAS EKSPRESS ini.
aku melihat sambil senyum.
aksi pancung berani mati pun ada.
peeehhhhh.
yang aku tabik ialah aksi seorang pakcik tua.
beliau dengan style membawa motor ex5 lampu belakang petak.
lagi dengan muka hardcore memintas BAS EKSPRESS kami dengan perasaan yang santai sekali.
dalam kegelapan malam.
suasana di dalam bas aku dapat lihat ekspresi muka seorang demi seorang penumpang bas melalui sinaran cahaya tiang lampu jalan yang bergerak pantas.
ada yang buat muka eksotik.
bahkan gaya tidor yang eksoti pun ada.
dalam ramai aku dapat dengar seorang penumpang mengeluh
'bile nak sampai nih?'
adakah beliau tau bahawa beliau perlu buat gaya seperti aku buat tadi.
iaitu suara persis amy search menyanyi fantasia bulan madu.
kerana pemandu bas ini kurang pendengaran.
aku secara tidak sengaja membuat spekulasi dalam hati dalam hati.
ala ala monolog dalaman
kenapa dia xbeli alat bantu pendengaran?
dah lamakah dia kerja sebagai pemandu?
sejak bila dia jadi kurang pendengaran?
atau adakah dia buat buat kurang dengar macam aku selalu buat?
aku segera mematikan spekulasi aku selepas aku rasa nak kentut.
kalau kentut bukannye dia dengar pun.
xjadi kentut sebab angin masuk balik lam perut.
kuang3.
p/s.
sebenarnye aku xpuas ati sebab kelajuan maksimum bas yang aku naik ialah 65 km sejam di highway.inilah yang dikatakan BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT.nasib baik aku sampai jugak.walaupun aku ade gak rasa nak buat buat sawan supaya pemandu bas melajukan bas tetapi plan itu tidak menjadi kerana dia telah membuat jelingan ala padayappa kepada aku semasa aku sedang menzoom meter kelajuan bas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment