03 June 2011

BABI is PIG



tiap kali aku masuk lif aku suka kira berapa banyak perkataan 'babi' yang orang tulis dekat dinding lif..hhaahah

tiap kali masuk tandas awam aku suka baca TOLONG JANGAN CONTENG DISINI pada dinding yang ditulis oleh mereka yang concern...hahhahaah


mase aku tgh google gambar babi ternampaklah gambar babi sekor ni berbulu seperti yang tertera diatas.untuk pengetahuan kalian semua babi ini adalah kacukan babi dan biri biri.

alah aku tau lah topik ni dah lapuk tapi ikot suke ati aku lah nak tulis lam blog aku.hahhahah
atleast aku buat reminder untuk diri sendiri..aku ni nyanyuk.mudah lupa.betul x betul?mesti betul punye lah!
bak kata DR M.melayu mudah lupa!ehem!


alah!
aku tau bukan aku jer yang google image nama sendiri dan benda gambar merepek seperti ulat cacing,bulu kaki,blackhead,kudis ,lubang hidung dan byk lagi..ehem!

hahaha...

ok serius macam inspektor sahab!berbalik kpd babi tadi kita buat kiraan ya.ini adalah sistem kalkulus yang hampir pupus di benua afrika yang telah berjaya saya pelajari dalam masa 5 saat saje!alhamdulilah

so

babi+biri biri=bari bari or bari2

or

babi+biri biri =babiri


satu lagi!
Justin Bieber juga adalah salah seorang pencetus revolusi babi diamana lagu Babi babi babi uuuuuutan laik babi babi babi uuuuuuuuutan laik babi babi babi uuuuuuuuuutan dimana iainya amatlah femes dikalangan budak sekolah dan tadika dan juga pelajar sekolah memandu(pelatih akan menyanyi lagu ini bagi mereka yang x lepas JPJ!ini adalah fakta dan teori yang sah!)

p/s=huduh betul babiri nih!serabut aku tgk!lelame ade jugak aku delete post nih..(ala sivaji the boss)

sakit ati

aku paling sakit ati betul kentut keluar xkasi warning...kalau die keluar bunyi slow xper...ni bunyi macam hon lori!..jatuh saham aku..hhahahahha



p/s: entry ringkas lagi padat!

30 May 2011

aku adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

2o tahun aku hidup atas muka bumi ni.
aku rasa 20% ayat yag keluar dari mulut aku adalah ayat yang menjana otak.
selebihnya adalah sampah.
tapi aku bangga
kahkahkahakaha!
bukan senang nak mengeluarkan idea untuk menghasilkan sesuatu yang xberfaedah.
20 tahun aku hidup atas dunia ni.
aku rasa 20% jer aku belajar betul2.
sumpah kronik gila tahap malas aku nih.
aku rasa neutron neutron kat otak aku sudah tidak aktif macam iklan susu enfagrow tuh.
aku pun pening gak ape yang aku buat ngan 80% lagik.
selain menjadi lepakwati yang berjaya aku juga mempunyai kerjaya sebagai penyembang berhemah.
aku tau mesti ramai yang jeles ngan aku nyer aktiviti yang rancak lagi mantap.kahakahakahaka.
ok tipu.
aku 21 tahun.
ha! sudah lama tak menipu orang.haahaahaa..
patutlah aku rase macam xkene jer..
bakat aku ni sudah lama x diasah
patutlah sekarang kalau aku menipu orang leh detect aku..demmit!

sape cakap die xpernah menipu aku jamin orang tu penipu besar!

Ulat malas

demmit.
sejak 2 menjak ni aku menghabiskan masa dengan memikirkan ape aku nak jadi.
disebabkan itu aku telah menghabiskan masa aku dengan berfikir dan sekaligus membuat spekulasi tentang masa masa mendatang.
apakan daya.tiap tiap hari cita cita aku berubah.demmit!
well manusia katekan.
tiap tiap hari cita cita aku berubah .
bak kata pepatah melayu.ombak dilaut akan merubah pantai.
ok.aku main petik je pepatah ni.hahah
apabila cita cita aku berubah maka ianya akan berkait tentang cara aku berfikir.
apabila cara aku berfikir berubah makanya aku akan menghabiskan masa membuat sesuatu yang sia sia.
well ,aku was was adakah ini adalah antara perilaku normal seorang manusia.


aku masih tertanya tanya adakah aku ini berjaya menjadi orang.

ouh.baru teringat.hari ni xkentut lagi.demmit!

02 January 2011

sembang







pejam celik biji mata.

pejam bukak mata.

buka mata pandang kesana

main main mata.

tutup mata.

garu mata.

pejam mata berkelip kelip.

mata berkedip kedip.

aku dah berumur 21 rupanya.

masih belajar dan tak mempunyai tujuan yang pasti

masih keliru dan jiwa kacau.

mempunyai jiwa memberontak(jiwa remaja lah)

tak mempunyai wang dan harta sendiri.

berpikir tentang masa depan yang tak pasti.

...............................................

semalam aku menyertai olahraga lepakwan iaitu sukan melepak dan menjadi kutu.
brsama dengan ahli penceramah dan pembangkang bebas kami bertukar pendapat tentang pengalaman lepas.
pengalaman di alam persekolahan.
walaupun hanya mengulangi topik yang sama namun tetap akan mendapat hasil ketawa berdekah dekah.
aku pun kadang2 keliru kenapa masih kelakar walaupun diulang ulang.
masih ku ingat kami pernah di label sebagai 'muka atas jalan''otai kantin''jaguh rotan'.

sepanjang kami berborak tiba tiba.
terkeluar lah nama napi.
iaitu otai kampung aku.
beliau sama umur ngan aku.malah sama sekolah pula.
aku mendengar penuh khusyuk tentang aktiviti terbaru beliau.
sepanjang yang aku tau beliau adalah salah seorang keeper yang bolanya sentiasa lobos sebab beliau suka naik menjadi striker.
tapi kali ini lain daripada yang lain sehingga mampu buat aku menggigil!!
aku dengar beliau telah mengubat orang.bukan doktor,
beliau telah menjadi tok bomoh!
pekerjaan yang jarang dipilih bagi golongan belia.
bagi aku pekerjaan yang eksotik lah bagi beliau yg berumur 21 tahun.
inilah antara yang membanggakan aku sebagai penduduk kampung.
aku tengah membayangkan bagaimana dia mengubat orang.
sebab aku pernah satu kelas ngan dia.
ape2 pun aku berbangga lah ngan dia akhirnya dia mempunyai pekerjaan tetap dan bekerja sendiri.

mari kita buka kelendar baru!

hari ni adalah hari yang sangat eksotik..
aku naik bas dalam keadaan yang sangat gembira.
bas yang sangat eksotik iaitu BAS SIHAT.atau nama matsalehnya HEALTH BUS.
hari ni juga aku telah jumpa satu port baik punya..
port untuk melepaskan hajat genting
iaitu tandas awam..
tandas ini bukan calang2 tandas.
jangan pandang luarannya saja.
terletak dihujung korner.
selama 2 tahun 6 bulan aku di kuantan.
baru arini aku terdetik nak masuk tandas nih.
harga tiket masuk tidak mahal hanya 30 sen.selepas anda masuk ke dalam anda akan tau kenapa saya bilang 30 sen tidak mahal.
tapi apabila melangkah masuk kedalam tandas tuh.
seakan sperti hutan tropika yang sarat dengan flora dan fauna
di cermin juga sarat ngan bunga hiasan berjurai mengurai menjalar jalar
di dinding pula tergantung dengan gubahan bunga yang digubah seperti gubahan bunga manggar.
sabun tangan penuh satu botol tersedia di sebelah sinki.
aku seperti masuk di kedai bunga.
serius aku cakap.
betapa cintanya penjaga tandas itu kepada bunga bungaan ..
lagu indo dipasang sebagai halwa telinga.
selama 20 tahun aku hidup.
tandas inilah yang paling banyak flora dan fauna.
dan tahap kebersihan juga memuaskan.
saya berpuas hati.
aku terpikat!
serius aku cakap.
sila pandang mata saya!
terletak di sebalik hiruk pikuk kota.
di jalan pasar berdekatan ngan terminal bas kuantan.
kalau anda rajin silalah usha tandas ini.
memang eksotik wa cakap lu!


p/s:rasa cam nak pi lagi tandas tuh..


**********************************************************************************


hari ni aku makan

1-nasi lemak ayam goreng.

2-nasi beriyani

3-sup kentang ngan ayam

4-mihun tomyam

5-kuih seri ayu

6-chocolate moist cake

7- sotong celup tepung(saiz sotong adalah besar anak jari.dah blacklist kedai tuh.padan muka kau)

so aku sedang konpis nih makanan apa yang buat lidah aku bengkak nih!baru aku tau betapa mencabarnya lidah bengkak....dimana mulut aku berada dalam keadaan bibir yang eksotik

26 December 2010

thank u!

hari ini adalah hari terakhir aku kerja di company *******..
last day..pekerja kontrak sama dengan aku diberi ucapan oleh supervisor..
ucapan oleh pekerja senior..
ade yg menangis.aku x nangis sebab aku tengok dah ada orang nangis.
jiwa mesti kental!cekal dan serius.
walapun hanya satu bulan tapi cukup bes.
kelebihan yang saya dapat ialah
1-kaki makin berotot kerana berdiri lama.
2-bahu dan tangan makin berotot juga sebab angkut barang.
3-perut makin mantap sebab silap kantin kerana makanan murah sangat.
4-saya dapat menajamkan communication skill saya ..
5-dapat tengok warga vietnam dan warga myanmar berinteraksi antara satu sama lain menggunakan bahasa melayu iaitu bahasa baku kerana mereka juga xpaham bahasa antara satu sama lain.
6-dapat belajar bagaimana cara buat buat sibuk secara spontan.
7-dan byk lagi lah aku xreti nak ungkai kan dengan kata kata!(ayat ala sastera nih!)

terima kasih kepada semua pekerja kerana memberi aku sokongan dan peluang...
aku terharu..
terima kasih kepada warga malaysia..
terima kasih kepada warga jepun..
terima kasih kepada warga indonesia...
terima kasih kepada warga thailand..
terima kasih kepada warga myanmar..
terima kasih kepada warga vietnam..
terima kasih kepada warga nepal..

atas segala tunjuk ajar.gurau mesra.kutukan.teguran.makian.sindiran.pengalaman.gelak tawa sepanjang saya disana...

tapi satu jer silap kantin anda kerana makanan murah dan sedap..saya xdapat menahan diri!

sempena itu saya kepilkan lagu kanda adinda sebab naluri saya mengatakan sila letak lagu ni lam blog saya...sekian terima kasih!

13 December 2010

kenikmatan berganda!


sampai berkerut mulut beliau sedang membuat magik 'dimanakah kuku jari kecil saya?'

kini persoalan ku terjawab tentang adakah beruk mempunyai tahi hidung?

usher tengah perati cermin belakang takut kantoi ngan orang belakang

ni gaya korek hidung yang agak style..kerana kedua dua belah tangan membuat kerja.sangatlah eksotik!!!

ini korek dalam punya sampai lentok mata tak cukup tangan

queen lak ni memang sudah terang terangan dapat masuk lubuk dalam baik punya korek!

konon kover lah tengah cakap ngan henfon..sampai belok lubang hidung dia punya syiok abes

mak aih yang ni dah separuh jari tenggelam lam lubuk dalam nih..sangat eksotik!

britney spears masih dikenali walapun sedang memakai bedak sejuk cap jamu dara


suatu petang..
aku longlai kerana kepenatan..
aku rebah di bangku sambil megeluh menahan kepenatan..
aku diam tanpa kata kata kerana aku memerhatikan sekeliling..
dalam kesibukan itu..
aku sempat memerhati sorang warga myanmar
beliau sedang terlalu asyik
penuh berahi..
mengorek lubang hidung beliau tanpa menyadari aku yang sedang memerhati beliau dalam jarak 8 meter..
aku leka dengan gelagat beliau sehinggalah kami bertentang mata.
trus beliau mengunnakan taktik buat buat garu hidung pula.
hahhahahhaahaah..
beliau tidak sedarkah aku sudah dari awal menyaksikan aksi eksotik beliau?

p/s:banyak persoalan aku terjawap pada malam ini!

02 December 2010


ni lah asam masin yang pemes tuh.bagi aku lah,sebab aku suka tengok muka apek ensem kat dia punya packaging.sia pakai tie lagi.semangat sungguh!

jadual bagi mereka yang bekerja...kini aku mulai memahami


aku tengok kalendar.
bukan mudah yer bekerja kan.kerja yng memerlukan kekuatan tenaga batin dan fizikal.minda perlu cerdas dan mantap

aku nak cakap lah dah genap seminggu aku bertugas sebagai part timer part contoller di sebuah company.

di mana kerja aku adalah menghantar barang menggunakan troli..
melihat atau check keperluan barang..
dan yang paling eksotik adalah buat buat sibuk bila bos lalu..bab ni aku sedang belajar ngan senior2..
company ini namanya dirahsiakan bagi mengurangkan publisiti dan mengelakkan kontroversi.

aku ingin ceritakan pengalaman aku selama seminggu.

-----tumit aku dah nak terpenyek dan bengkak kuar sume urat merih.

ari ni aku kantoi makan mase ngah kerja ngan supervisor.aku xsedar makan asam sampai bibir aku jadi putih.supervisor datang aku pun borak mesra ngan die konon kasi kover lah yg aku baru lepas makan.lepas aku borak ngan super visor ade lah sorang kakak ni cakap.

kakaktu :ko buat ape woi
aku:aku buat keje lah
kakaktu:ko makan ape sampai bibir ko jadi putih?
aku:akak tau mana saya makan?.saya x makan lah.
kakaktu:abistu nape bibir ko jadi putih?tadi aku tgk elok jer..

aku tengok supervisor aku pandang dari jauh...citporah!

memang kantoi lak aku ngan supervisor aku.tapi hebat taktik supervisor aku kan kasi kantoi aku..aku tersenyum sinis..

semalam..

bak mengantuk memang aku xleh lari.
situasi atau kejadian ini berlaku di depan leader aku.
aku terlelap semasa sedang sign paper dia atas borang kira stok.
masih aku ingat dengan jelas mimpi aku.
aku puji jiran sebelah aku pandai main piano.
aku pun xtau jiran aku belah mana yg main piano.
ni sume salah bilik sebelah yg jadi tempat testing bunyi..
nasib baik leader aku terlalu asyik borak sampai xperasan kepala aku kepala ayam
masa tu aku tengah sign borang...
aku sedar sedar aku dah tertulis kat bahagian sign.
'sedap lagu kau'.
cepat2 aku pangkah kasi sign aku panjang siap fullname beserta tarikh.
perghhh..nasib baik leader tuh kuat bersembang..


ada seorang pencinta kebersihan bernama encik ganesh.
encik ganesh seorang yang rajin kutip sampah.
beliau sangat prihatin tentang sampah yang bakal kami buang.
aku rasa encik ganesh ni mesti pencinta keamanan.
oleh sebab itulah dia dilantik mejadi ketua kebersihan.
tapi sayang beliau suka berbahasa yang eksotik.menggunakan gaya bahasa yang ekstrem.
gaya renungan beliau sangat tajam.beliau selalu pandang mereka yang buang sampah sebagai tanda warning siap kau kalau sampah bersepah.
mungkin beliau menggunakan bahasa yg tinggi sehingg aku xpaham lansung ape yang dia cakap.
yang aku paham dia tunjuk2 kesana kesini seperti ingin beritahu arah.
jangan main2 ngan encik ganesh tau..
dia ada sakit jantung tau.
ari ni dia keje sekerat hari sebab dia gaduh ngan mamat sorang ni sebab mamat ini bukanlah seorang yang pencinta kebersihan seperti beliau.
pa yang dia cakap masa gaduh tadi lagi aku xpaham..yang aku paham dia ngah protes tuh.
ekstrem sungguh cara dia protes hingga ketua supervisor kasi cuti kat dia serta merta.
aku tertanya tnya taktik dan ayat ape erk dia guna.boleh cilok!

okeh aku sakit kaki nih.xder idea nak nulis byk2....
assalamualaikum.

p/s.baru aku ingat.aku xberak lagi lah ari ni.!aiyo..tensen aku.siang tadi aku dah plan nak tulis kat blog cane..skang aku dah lupe.arghhh..nanti aku ingat aku tulis lah.

19 November 2010

boo sun





ari ni satu hari aku duk mengadap pc sambil online.
betul2 hardcore aku ari nih.
boleh bikin mati kutu kalau tiap2 ari camni.
boleh bikin aku mati kebosanan gak.
inilah aktiviti apabila cuti sem dan tidak membuat sebarang kerja part time.
hanya melanguk sendirian.
apabila kene leter.
taktik buat buat keliru dipraktikkan dengan jayanya!

aiyo...
macam2 aku menda aku surf ari ni..
video kelakar buat kasi mood ceria lah.
facebook(kasi huru hara status orang.kuang3)
youtube(konon tgk cita forrest gump)
bloggers lain nyer blog lah.yang bes jer aku baca.hahahaha.
okeh sekarang ini secara tidak sengaja aku telah berminat nak mengulas tentang jenis blog yang aku xberkenan lah.

jenis blog yang aku xberkenan adalah seperti yang akan aku huraikan dibawah.
blog yang menjadikan blog beliau sebagai diari yang melampau.
aku tegaskan disini diary yang melampau dan sgt lah over.

sebagai contoh.

aku cintakan kau sampai mati.(sambil taruk gambar ngan kiss pipi.pui!)
pastu next entry.aku sayang kau.kaulah segalanya buat aku baby.(sambil taruk gambar kekasih ati yang paling manja)
seterusnya.i sedih la u buat i camni.(taruk gambar hati retak)
next.u naper makin jauh ngan i.(taruk gambar amik sendiri masa tgh nangis)
after that.sayang kamu lebih aku menyayangi dirimu.(sambil taruk lirik lagu kau kekasih awal dan akhir)
then.cintaku hanya buat mu duhai kekasih hatiku.(taruk gambar semasa berdua yg paling manja lah.aiyo!)

percayalah cakap aku.ada blog yg camni!
memanglah ada kebebasan dalam menulis blog.
tapi aku hanya luahkan pendapat aku.
ape yg aku x berkenan.
x salah kan..

seterusnya dalam blog dia sibuk duk mengata kawan sendiri.
ape kes ni bhai.
menyampah betul.
yang paling x tahan kutuk kawan sekelas.
n paling bes kutuk roomate sendiri
kritik pasal kawan pakai baju ape.
warna kulit hitam legam la.
pasal mulut busuk lah.
orang camni mmg pathetic asshole lah aku cakap.
tiap2 post mengata n mencaci kawan sendiri..
kamon lah.kamu dah besar.
kesian..



p/s:stakat ni aku baru kasitau 2 jenis blog yg aku kurang berkenan.belum dapat visi lagi utk menambah karangan aku pada mlm ini.okeh.adios.
n selamat menyambut hari raya kurban