02 April 2010

BILA AKU SORANG2

setiap hari aku belajar benda baru.
perkataan,
aksi,
pepatah,
teka teki,
baik berunsurkan ilimiah dan rohaniah serta batiniah,
benarlah kata pepatah orang orang tua dahulu,
walaupun orang tua namun mereka sangatlah berfikiran logik dan masuk akal ,
mungkin sebab mereka dah lama hidup dan ada setengahnya dah puas dengan kehidupan,
mereka ingin memberikan warning tentang kehidupan yang fana ini,
dengan ayat yang dipanggil pepatah.
ok sambung kembali...
benda baru inilah yang mencorakkan hari kita,
mood kita,
dan yang membuat aku menjadi aku,
yang buat kau menjadi kau,
yang membuat mereka menjadi mereka,
oleh itu lalui lah hari anda dengan cara anda ,
kadangkala apa yang kita lalui adalah untuk mengajar kita tentang kehidupan,
kadang kadang realiti sangat pahit,
kadang kadang penipuan sangat manis,
aku sendiri selalu buat kesilapan,
biaselah manusia,
bukan nak buat buat baik tapi adalah hakikat,
walaupun pahit tapi terpaksa telan kerana itu adalah pilihan sendiri,
muke nampak ceria tapi hati saper tau kan,
rambut sama itam tapi saper tau kat tempat lain ada rambut x,
kulit memang sah la boleh tengok kalu sawo matang,cerah atau putih.
ai kenapa aku berjiwa sangat malam nih?
takpela aku teringin gak nak berbunga bunga sekali sekala..
kesian kepada saper yang bace blog aku nih.
tapi takpa kerana kita semua adalah manusia,
hidup satu malaysia,
dalam iklim khatulistiwa,
sehati sejiwa,
moga hari hari anda semua sangat bermakna,
kalu aku jadik deejay radio pun bes gak,
k lah aku nak tido nih.
ASSALAMUALAIKUM...

No comments:

Post a Comment