25 September 2010

TELEFON TANGAN



ari ni aku menulis.
sempena mengingati pemergian enset ku,
entah terjatuh atau atau tertinggal,.
aku pun xtau.
namun mungkin sudah suratan ,
kau pergi meninggalkan aku sendiri.
kau pergi semalam,
arini aku terasa sunyi tanpa bunyi kau.
munngkin mmg sudah suratan aku dengan henfon berkaler dan berkamera jodoh kami xlama..
aku mungkin hanya akan serasi dengan henfon nokia yg ade torchlight tu.
aku keliru camane nak eja handphone lam bahasa melayu.
siap aku eja talifon,telifon dan tilifon.
apeke bengap lak.
rupenye setelah buat research kat google engine.berjaya ku dapat jawapannya.iaitu
TELEFON
okeh.
aku sedang merawat kedukaan ku dengan menonton cerita KAPOWW.

KAPOWW adalah singkatan kepada >> Kesatuan Antarabangsa Peringkat Olimpik Wira Wira.

SIPNOSIS :

‘Kapoww!!!’ filem aksi komedi terbaru daripada penulis/pengarah Azizi Chunk Adnan. Kisah pengembaraan Atoi, seorang budak kampung yang tiba-tiba menjadi superhero, setelah dipanah petir. Atoi mempunyai kehebatan boleh bergerak sepantas kilat dan mengeluarkan bebola api dari kedua belah tangannya. Atoi kemudian berpindah ke Kuala Lumpur menyertai skuad elit superhero yang dikenali sebagai ‘Kapoww’.

Mengalahkan penjahat-penjahat bukanlah masalah besar bagi Atoi. Dugaan sebenar datang apabila Atoi begitu mudah lupa diri setelah dikelilingi oleh kuasa, kemewahan dan populariti. Dan ketika sedang berhadapan dengan krisis dalaman, muncul pula kuasa jahat, Alakazambo. Mampukah Atoi menghadapi semua ini?

No comments:

Post a Comment