24 April 2010

oh my land water



sedang aku dalam perjalanan siang tadi.
aku teringat akan sesuatu.
sesuatu yang buat aku ketawa sendirian.
aku terfikir camne la aku leh jadi camtuh.
aku ketawa lagi.

dulu aku pernah taksub akan satu negara ni sehingga aku minat segalanya tentang budaya,artis dan makanan dia.
aku boleh buat research sampai pagi buta sebab terlalu minat akan tentang segalanya yang berkaitan tentang negara ni.
biarlah aku rahsiakan nama negara ni.
mana tau aku boleh sambung belajar kat negara ni hahahaahaah.
sesungguhnya masa depan kita siapa yang tau kan.
oleh itu sebagai langkah selamat biarlah aku rahsiakan nama negara ni.

bila aku pikir pikir 18 kali.
buat kali ke19 aku berpikir lagi.
aku sedar bahawasanya aku tetap sayangkan negara aku.
MALAYSIA oh tanah airku.
biarla orang kutuk tanah airku.
tapi jangan kutuk depan aku,
aku akan berdiri tercacak mengatakan itu adalah tanah airku.
aku pun tidak tau mengapa aku begitu bersemangat patriotik pada malam ini.
mungkin aku telah diberi cahaya keinsafan
bak kata pepatah melayu

hujan emas di negara orang,
hujan batu di negara sendiri.
kalu betul ada hujan emas.
kenapa xkuar dalam tv kan.

walaupun hujan batu kat negara sendiri namun sepanjang aku hidup yang pernah kena hanyalah hujan air batu dimana hijan yang terhasil atau turun berbentuk ketulan ais.
kejadian ini berlaku semasa aku berumur 10 tahun.masih teringat di benak pikiranku bagaimana aku dan makcik aku siap berlari lari anak sambil membawa tupperware dengan laju meluru keluar rumah untuk mengambil kononnya ais yang jatuh atas atap rumah.tempat kejadian ialah di rumah nenek aku.pusing punya pusing malang sungguh ais itu telah cair kata makcik aku.Agak nya aku tidak diberi peluang untuk bercerita pada kawan kawan yang aku telah tengok,jumpa dan pegang ais tu.huh melepas peluang untuk riak sejenak..mungkin benar atau tidak.seperti RIPLEYS BILIVIT OR NOT.

berbalik kepada topik patriotik.
aku rasa bangga sangat berada di MALAYSIA OH TANAH AIRKU sebab sume kawan aku yang dapat pergi oversea sedang meraung mau pulang.
aku tersenyum walaupun dalam hati bilang dulu sapa suruh malas belajar
masih ada kesedaran walaupun hanya seketika
walaupun kebenaran ini amat mengguris jiwa memberontak ku namun itulah realitinya.
aku sedar tapi buat buat x sedar dan buat buat keliru.
walaupun taktik ni dah lapuk namun masih boleh diguna pakai.

sekali lagi saya mau berbalik kepada topik patriotik.
sejak kecil kita sudah ditanam dengan sikap cintakan negara.
walaupun masih jahil dan x mengerti apa apa tentang sikap patriotik.
namun tanpa sedar itulah yang membentuk semangat cintakan negara.
sekali lagi aku amatla pelik mengapa aku menulis tentang semangat patriotik .
walhal sekarang baru bulan april
bukan bulan ogos
mungkin terdetik di hati ini
selepas terbeli sticker satu malaysia.
aku insaf sendiri.
sejenak terpana.
moga moga semangat patriotik di dalam jiwa aku terus berkobar kobar bagai api yang menjulang julang selepas disimbah minyak tanah.
atau api bakar sate yang semakin menyala selepas dikibas kibas menggunakan kipas daun mengkuang.

P/S:terasa mau nyanyi lagu jalur gemilang

2 comments:

Nor Wahidah Md Dam said...

terbeli sticker 1 M,sia...
mcm ne mu blh TERBELI tue...
hahahhaa....

trieste said...

biase lah..
semanagat cintakan negara masih menebal dalam jiwa..hehehe

Post a Comment